Total Pageviews

Sunday, December 4, 2011

pindah ofis baru

Dh lama tk post citer baru...disebabkn kesibukan perpindahan ofis dripd KL - Putrajaya ..sesi angkut mengangkut, sesi tunggu menunggu dan sessi kemas mengemas...tak sudah2 lagi...tapi syukur alhamdulillah - akhirnya ofis baru ini dh dekat dgn rumah...bahagia sgt...
kalau u all nak tahu, hnya 10-15m, dari rumah utk ke ofis - jimat masa, jimat belanja..syukur...

Thursday, October 13, 2011

Tekanan darah rendah

Pagi Jumaat - 14/10/2011
Sedih betul tau hari ini - sebab subuh tadi aku pitam lagi - ini pitam bukan sebab pegnen tau, tapi sebab tekanan darah rendah aku yg terlalu rendah - sejak 3 minggu ini, memang aku takde semangat nk kerja - aku asyik pusing2/pening kat ofis - kat rumah aku cuba2lah kuat semangat...masak dan bagi anak2 makan malam..
oiii - sedihnya aku - aku jauh drpd mak - yg selalu memberi semangat dan bertanya khabar ku..minggu ni pula - suami ku takde - dia berkursus di Pahang..
Kita ni kan, sebagai perempuan, dan seorang ibu - walaupun sakit mana pun, tapi bab2 nk menguruskan anak2 dan rumah, kita tak penah nk lupa, selagi tak siap kerja2 rumah , selagi itulah kita tak akan lena tidur..
aku rutin macam biasalah, sebelum tidur tu, aku kena mop lantai, kena basuh kain dulu( nasib baik ada washin machine kan) , dapur aku kena clearkan - basuh pinggan mangkuk...baju anak2 kena lipat...
Yang aku sedih ni, kenapalah aku kena penyakit ni  di usia2 muda ni...kena makan ubat pula tu.. memang semangat aku jatuh merundum lah...
Tapi, aku kena kuatkan semangat - anggaplah ini pening2 biasa je..bak kata orang, pening2 lalat...tapi sebenarnya aku takut juga coz dah smpai tahap pengsan kan ...tak pitam dia tu lain macam jer...tak penah rasa sebelum ni, even aku mengandung pun takde smpai pitam yg nk pengsan tu..
Bila sakit ni kan, mak lah yg selalu aku ingat...family aku kat saabah..kalau dekat dorang boleh tolong2 aku.. ntahlah..itulah perasaan aku...
Aku berdoa semoga aku akan seperti sedia kala...Jauhkanlah daripada sebarang penyakit yg teruk...

Monday, October 10, 2011

Tekanan darah rendah

2 minggu lepas, aku pitam, mual dan hampir2 pengsan/  di opis - tidak sedarkan diri di dalam bilik sembahyang dan selama hampir 3 jam lah aku bertapa dalam bilik tu... ingatkan pening2 biasa..  cek doktor, aku telah disahkan penghidap tekanan darah rendah...80/60 rendah kan?
Tekanan Darah Rendah (Hipotensi)


Apa itu Tekanan Darah Rendah ?

Tekanan darah rendah (hipotensi) adalah keadaan tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Tekanan darah seseorang adalah berbeza. Ini kerana ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah.
Faktor yang mempengaruhi tekanan darah

Dalam menentukan seseorang itu menghidap tekanan darah, terdapat beberapa faktor yang boleh membantu iaitu:-

* usia
* aktiviti seharian
* perasaan
* ubatan
* pendarahan
* infeksi

Kebiasaannya orang yang selalu dikaitkan dengan penyakit tekanan darah rendah adalah dari golongan atlet dan pengamal diet. Mereka jarang terdedah kepada beberapa jenis penyakit seperti:-


stroke
penyakit jantung
penyakit pada mata
pengerasan dan penyempitan pada pembuluh darah


Gejala Tekanan Darah Rendah

Bagi penghidap tekanan darah rendah, mereka tidak akan menunjukkan tanda mereka mempunyai penyakit tekanan darah rendah. Mereka akan menunjukkan gejala atau tanda-tanda awal seperti:-

cepat lelah
pening kepala ketika posisi badan berubah
sukar untuk berkonsentrasi
mata berkunang-kunang
mual
kulit berasa dingin, pucat dan lembap
pernafasan cepat dan pendek
defresi
cepat haus

Sekiranya seseorang itu hendak hamil, mereka digalakkan untuk membuat pemeriksaan terlebih dahulu sebelum hamil. Ini kerana ia adalah untuk mengelakkan berlaku komplikasi pada bayi itu nanti.



Penyebab Tekanan Darah Rendah

Tekanan darah ditentukan oleh dua pekara, iaitu jumlah darah yang dipompakan oleh jantung dan tahanan (resistensi) pembuluh darah yang kecil-kecil pada tubuh. Terdapat beberapa penyebab yang boleh tekanan darah rendah terjadi iaitu:-


Kekurangan volum darah - cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal

Dehidrasi - dehidrasi yang mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit.

masalah jantung - deyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat.

Keadaan otot yang lemah.

Wednesday, September 28, 2011

Hari Raya 2011

Selamat Hari Raya 2011 - raya aku yg berjauhan drpd family (mak bapa n adik beradik lain di sabah)
Memanglah sedih..raya pertama kami beraya di Puchong, Selangor saja..takda apa yg menarik...cuma ada gambar2 ni je...





aku dan qistina di rumah terbuka PM - disebabkn keboringan., kami 1 family p open house PM kat Putrajaya...


aku dan 3 dara anak aku..farisha, syirah n qistina
pic aku - qistina n en, suami



Monday, August 15, 2011

Hari-hari yg kosong....

seminggu ni, hatiku kosong bagai tiada apa perasaan...mungkin aku terkenangkan raya yg akan tiba..kenapa? hati aku melonjak2 ingin terbang balik ke sabah bersama keluarga besar ku... bak kata yg selalu aku cakap kat adik beradik aku
" andai wana seekor burung, dah lama wana terbang balik ke KK '- tempat lahirku, negeri kebanggaanku... rumah mak, ibarat rumah terbaikku...

Teringat pengalaman raya masa kami kecik2 dulu..best sgt2... mak dan kakak rajin buat kuih raya, aku tukang tengok dan tukang bakar je..bab2 mengadun aku memang tak ambil peduli..tapi aku paling suka bab2 menghias, sangkut langsir dan kemas rumah, susun atur rumah..abg2 aku yg lain tukar tengok je lah..

tapi, apakan daya, tahun ini - aku beraya disini - nangis tak berlagulah...

Buat Ibu Bapa dan Anak | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Buat Ibu Bapa dan Anak iluvislam.com + discover the beauty of islam

Thursday, August 11, 2011

i love my mom

‎"I need my mom no matter what age I am. My Mom has made me laugh, wiped my tears...hugged me tight...watched me succeed...saw me fall...cheered me on...kept me going strong...and drove me a little crazy at times! But my Mom is a promise from God that I will have a friend forever...

Thursday, August 4, 2011

sabar....

Hari ini nak cerita pasal 'SABAR' .... Sabar ini adalah satu perbuatan baik dan mulia...Sabar adalah menahan diri kita daripada api kemarahan...Dengan sifat Sabar, Allah akan mencintai orang yg memilikinya..Sentiasa bersama orang itu (yakni orang sabar) dari segi pegawasan hidayah, diberikan pahala yang tidak terkira,dikurniakan 3 perkara serentak iaitu, selawat, rahmat & petunjuk dan seterusnya memasuki syurga dengan dialu-alukan oleh para malaikat..

Dan pada bulan puasa ini, kesabaran kita kena lah berganda2...sabar daripada perkara2 yg hanya boleh membawa kita kepada api kemarahan...

Berkenaan sifat ini Allah s.w.t. berfirman, maksudnya:
          “Allah sentiasa Mencintai orang-orang yang sabar” (surah Ali Imran, ayat 146),
          “Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar” (surah al-Baqarah, ayat 153), dan
          “Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka 
       dengan tidak terkira” (surah az-Zumar, ayat 10).

Seterusnya Allah juga berfirman: “Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar; (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: ‘Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.’ Mereka itu ialah orang-orang yang menerima selawat dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk-Nya.” (surah al-Baqarah, ayat 155-157).

Semoga aku tergolong dalam golongan orang2 yang  sentiasa SABAR...


sabar bahhhhh....


Tuesday, August 2, 2011

tempat2 yg aku ingin kembali lagi....

Pagi ini, tetiba2 pula terfikir tmpat2 yg aku nak pergi lagi....Kenapa aku nak pergi lagi...? apa yg menarik....? apa keistimewaannya tempat tu....hehhee...
Mestilah ada keistimewaan tersendiri kan,,? sebab itulah nak pergi lagi..berkali2 pun tak pa juga.

Pertama
Aku nak p Langkawi lagi...sebab apa..? masa kat sana aku teruja betul2 ..dgn coklatnya - segala candy2 kat situlah semuanya murah2...barangan corelle, vision, segala bentuk alat2 memasak, pinggan mangkuk, sudu, frying pan dll sgalanya murah jika dibandingkan dngan Key El ni...
lambang Langkawi - mesti ada burung helang


ni gambar masa dlm ferry...

tengah canting batik

tempat Kedua
Aku dah berkali2 p cameron highland, tapi tak perna nk jemu2...sebab apa ya...
first, aku suka dngan suasana cameron - yg sejuk2 gitu...suka pemandangan dari atas bukit hentian / persinggahan nak minum teh tu..walaupun mahal jugalah tapi aku tetap minum kat atas tu sambil menikmati permandangan ladang teh yg terbentang luas....nyaman......

cantik permandangan ladang teh kalau kita dari atas...

aku suka dengan strawberry - ladang salad , (aku memamg peminat salad) sayuran segar...


ditengah2 ladang salad hijau
aiskrim strawbery...nyum - nyum

ditengah2 salad ....
aiskrim strawberry, salad + strabery and pan cake  straberyy - terbaik wokkkk
ini muka anak aku kat strawberry....

stawberry


OKlah berjumpa lagi diruangan seterusnya....nak chow dulu, nk buat kerja ......






Monday, August 1, 2011

Salam ramadhan - hari ke2

salam Ramadhan kawan2 ku semua - hari ni nk cerita psal bazar ramadhan kat tempat aku n, taman putra perdana, puchong...semalam lah kan, 1st day berbuka puasa, kononnya nak belilah makanan kat Bazaar...


Kol 630ptg, aku dan en.suami n Insyirah pergilah ke bazaar dekat dngn rumah tu, bila smpai, Mak aihhh ramainya umat manusia, berduyun-duyun, berpusus-pusu, berbaris menunggu giliran...aku dah jadi rimas...


Time tu, teringin nak makan roti john, kebab, tapi bila dh smpai giliran,. roti pula habis, kebab dh kena kebas....kempunan tak dpt makan...selepas tu, nk p tengok gerai bihun sup pula - aku peberet jugak bihun sup ni - selalulah juga beli time ada pasar malam tu, tapi- tidak seperti yg aku jangka - bihun dia punyalah ciput, hega pula dah naik 50sen - dripa hega RM3 dah jadi RM3.50..yg aku tak puas hati tu, kuantiti dia sampai hati dorang kurangkan....memang nak untung banyak2 peniaga ni...ini kesempatan mereka utk mengaut untung lebih...


Teringin pula nak makan bubur kacang hijau ...mak aihhh, hega pun naik juga dah jadi RM2...dgn kuah dia yg cair mair - tak kuasa aku nak makan - entah2 dorang peniaga buat cincai je kot sebab nk cepat...




Sunday, July 31, 2011

All About me Slideshow

All About me Slideshow: "TripAdvisor™ TripWow ★ All About me Slideshow ★ to Pucon and Puchong. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor"

Thursday, July 28, 2011

Selamat Berpuasa...

Insyallah - hari senin ni kita akan start berpuasa .. alhamdulillah, aku telah dpt menghabiskan puasa Qada ku selama 30 hari kerana puasa tahun lepas aku dalam berpantang baby Qistina...

Bulan puasa akan datang, masing2 dah sibuk buat persediaan untuk Hari Raya akan datang - aku belum ready apa2 lagi - kononnya nak buat baju sedondon anak beranak, tapi kain nya pun belum beli lagi...

Ni raya kali pertama buat Qistina...

aku tak kisah pun baju raya ni- ada ke tak de ke - sama je , yg penting anak2 tu ada baju raya sebab budak2 ni akan tanya, teringat masa aku berpantang kat Sabah hari tu (tahun lepas) kak misha (anak perempuan aku) asyik call je, ma bila akak nak beli baju raya ni....ayah senyap je, tak beli baju raya lagi pun...
so, tahun ini, aku akan pastikan akan sediakan baju raya mereka seawal yg boleh...

Tuesday, July 26, 2011

PUTRAJAYA

OOO Putrajaya - aku tak sabar nk datang...hehee...
Sebenarnya tak sabar nk pindah ke putrajaya - soon, jabatan Penerangan Malaysia wil move to new building in Putrajaya...la la la...senangnya dalam hati - tak sabar nk pindah bangunan baru - smua baru-


Kenapa aku suka JPM pindah ke Putrajaya:
1) dekat dgn rumah aku lah - dlm 10 minit je kot - aku duduk kat Taman Putra Perdana, puchong tapi dah puchong hujung dunia - dekat2 dngn cyberjaya dah..


2)byk save budget aku - utk minyak- tak payah bayar tol - tak payah bayar parking..jimat2...bolehlah aku kumpul duit myk tu utk benda2 lain - kalau tak, aku peruntukkan myk RM60 utk seminggu - tol=RM25 utk sminggu - parking=RM20 utk sminggu


3) aku boleh lah kuar lambat sikit - dlm kol 7lebih - bolehlah hntr anak2 dulu p sekolah, p nurseri..jemur kain pun boleh lg...best-best


4) skrg: aku kuar rumah tiap2 hari sblum 6:30 pagi..kawan2 aku yg duk KL, time ni masih tidur lagi..tapi bila dh pindah putrajaya, ha, rasalah pula kuar awal wahai kawan2 yg duk KL ni...


5) kalau hari jumaat tu kan, rehat panjang - bole balik rumah - makan - kt putrajaya pun mana ada tempt best nk shoping...alamanda tu je lah yg ada..


6) Memang aku sukalah pindah putrajaya -heheee.....suka - suka...

beraya kat mana ye..?

hari ini - (selasa - 26.7.2011) aku puasa ganti lagi ... hari2 terakhir seblum ramadhan tiba minggu depan..
Tahun ni, aku beraya kt sini jelah ( puchong)- mesti sedih kan..? klu boleh aku nak beraya kt kampung N9 tu jugak - tapi memandangkan keadaan rumah yg tak mengizinkan, suami aku kata, kita beraya je lah kat Puchong..wa wa... beraya di Bandaraya..mesti tak best...
tapi, dlm hati aku - memang teringn nak braya kat kg - mcm dulu - tahun lepas aku beraya k






at sabah ..


ini pic masa raya tahun lepas




aku tak braya sakan sgt coz time ni aku dlm pantang baby ke-4 -smpai pic baby pun aku tak de ambil coz lupa...

Sunday, July 24, 2011

mengantuk

Hari ini nak citer pasal menguap ni - hari isnin ni, mesti mengantuk, letih dan lemah2 badanlah..kenapa ehh? ini penyakit malas hari senin lah ni...

Salah satu perkara yang sering mengganggu kerjaya kita adalah “MENGANTUK”. Menguap merupakan ciri2 orang yang mengantuk. Sebenarnya ia merupakan gangguan syaitan yang menginginkan kita lalai dengan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita. Maka di sini ingin saya kongsikan tips dari Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam untuk menangani gangguan syaitan ketika “MENGANTUK” yang menyerang melalui senjatanya “MENGUAP”.

HADIS TENTANG MENGUAP :


الْعُطَاسُ مِنَ اللّهِ , وَالتَّثَاؤُبُ مِنَ الشَّيْطَانِ , فَإِذَا تَثَاءَبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَضَعْ يَدَهُ عَلَى فُيْهِ , وَإِذَا قَالَ : آهْ , آهْ , فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَضْحَكُ مِنْ جَوْقِهِ . وَإِنَّ اللّهَ عز جل يُحِبُّ الْعُطَاسَ ، وَيَكْرَهُ التَّثَاؤُبَ .

"Bersin itu dari Allah dan menguap itu dari syaitan. Jika salah seorang kalian menguap, maka tutuplah mulutnya dengan tangannya dan jika ia mengatakan `aaah... ', maka syaitan tertawa di dalam perutnya. Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan membenci menguap." (Hadis riwayat. At-Tirmidzi )

FAEDAH DARI HADIS:

1. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memberitahu kita bahawa menguap berasal dari syaitan gangguan Syaitan.

2. Oleh itu, apabila kita menguap atau terasa hendak menguap :

a. Berusaha menahannya sedaya upaya.

Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam :

"Apabila salah seorang dari kalian menguap dalam solatnya, hendaklah ia berusaha menahan menguapnya sedaya mampu kerana ia boleh menyebabkan syaitan masuk." (Hadis riwayat. Muslim)

b. hendaklah kita menutup mulut (samada dengan tangan kiri atau kanan, depan atau belakang, kerana Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam tidak menetapkan mana2 bahagian),

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya),

“Jika seseorang dari kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan masuk (ke dalam mulut yang terbuka).” (Hadis Riwayat Muslim)
c. Elak dari mengeluarkan bunyi ketika menguap. Seperti “Haaaaaah” Kerana apabila seseorang itu menguap sambil mengeluarkan bunyi, maka Syaitan akan ketawa. (mungkin sebab tulah ada orang terdengar hantu2 ketawa di banggunan baru ijn .


d. Elakkan juga mengangkat suara ketika menguap.
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya),

“Menguap adalah dari Syaitan. Maka apabila seseorang dari kalian menguap, tahanlah (dari menguap) dengan sedaya upaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang itu menguap sambil berbunyi “Haaa” maka Syaitan akan mentertawakannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Maka, apabila anda bebas dari gangguan syaitan, anda pasti dapat melaksanakan tanggungjawab anda dengan cemerlang….InsyaAllah..

Friday, July 22, 2011

apa nak cite pula yer...

owh..nak citer pasal anak2 lh pula...hari ni aku nk kongsikan cerita pasal anak2 ku yg suka main air..
Best je Qistina first time masuk kolam renang

ini pic masa kami kat wet world pula

Tuesday, July 19, 2011

Wet World Shah Alam

last week 17.7.2011 (ahad) kami g wet world, shah alam utk celebrate birthday qistina 1 tahun dan reunion dngan kawan2 sekolah ku dulu...

Monday, July 18, 2011

Asam Garam Hidup Dengan Mak Mertua

Semalam saya sempat berfacebook dengan seorang kawan lama. Mula² tu hanya bertanya khabar .. maklumlah .. lama tak berjumpa. Tapi lama² terus bercerita tentang kehidupan dia sekarang. Kawan saya nie dah lama berkahwin dan ada 2 orang anak. Government servant macam saya juga. Selain tu dia ada buat kek, biskut dan coklat sebagai side income. Kira lepas la buat beli baju atau tudung untuk berjalan². Nak harap gaji bulanan dia dan suami dia .. memang tak pernah cukup. Kawan saya nie tinggal serumah dengan mak mertua dia. So, saya kata bagus lah sekurang²nya jimat lah sikit .. tak perlu bayar sewa umah dan dia katakan yang dia nak keluar dari umah mertua dia tu sebab dia dah tak tahan dengan sikap mak mertua dia lagi.



Teringat cerita Ibu mertua-ku arahan Arwahyarham Tan Sri P. Ramlee

Mak mertua dia seorang yang sukar difahami orangnya. Masa awal perkahwinan dulu, mula² semuanya OK .. tapi lama² kelamaan .. mula lah tunjuk belang. Itu tak suka, ini tak boleh, serba tak kena semuanya. Hari² berleter .. marah² .. tak puas hati kat dia atau suami dia. Adik ipar dia pun lama keluar menyewa rumah lain sebab tak tahan dengan perangai mak sendiri. Tapi, dia masih boleh bersabar. Pernah mak mertua dia bersungut tentang duit bulanan yang diberi oleh suami dan ipar duai dia. Memanjang je complain itu ini. Yang peliknya .. nak duit banyak² nak buat apa? Barang² keperluan rumah selalu cukup. Simpan banyak² duit bukan boleh bawa masuk kubur pun. Kawan saya nie pernah la belikan kain pasang untuk buat baju raya. Tapi mak mertua dia terus beri kat adik ipar dia. Kecik hati kawan saya tu. Masa nak sambut Hari Raya pulak, Mak mertua dia sorokkan stok barang² dapur. Katanya kalau mereka nak makan pandai la cari sendiri. Nauzubillahiminzalik! Tergamam saya seketika.

Mak mertua dia seorang yang pilih kasih juga. Dia lebih menyayangi dan menyanjungi seorang menantunya yang menetap di Kelantan. Paling sedih bila pada suatu hari mak mertua dia beli permainan, so anak kawan saya nie nak ambil mainan tu, terus mak mertua dia rampas dan katakan yang permainan nie untuk cucu²nya kat Kelantan tu.

Based on this stories .. buat saya terfikir kenapa selama nie dia tak pernah pun pelawa saya ke rumah dia. Jadi sekarang baru lah saya tahu kenapa. Tapi katanya dia akan berpindah keluar dari umah mertua dia beberapa bulan lagi. Baguslah keputusan tu dan sangat tepat .. demi kebaikan rumahtangga dia. Saya berharap kawan saya dapat bina hidup baru yang lebih sempurna dan bahagia disamping keluarga tercinta. Cerita ini tulis hanya lah sekadar untuk renungan bersama. Semoga yang baik itu jadikan sebagai panduan hidup dan yang tak elok tu kita elakkan. Fikir²kan lah!

Anastasyea: Berfikirlah bahawasanya ada orang lain diluar sana yang lebih teruk lagi menghadapi masalah hidup berbanding kita.

Sumber Rujukan: Asam Garam Hidup Dengan Mertua | anastasyea.com

Wednesday, July 13, 2011

14/7/2011
Hari ini - aku puasa lagi - utk menqada puasa disaat akhir ni..huhu - perut dah rasa pedih2, pagi tadi makan nasi lauk telur mata je..
Smmalam g Klinik Gigi - nak tampal n cuci gigi - punyalah ramai..walaupun klinik berbayar (swasta)
pagi ni, dapat kiriman gambar di FB - iaitu lukisan daripada sahabat lama yg dah lama tak jumpa..
cantik tak lukisan ni...thanks to Mas .... i like

Thursday, June 30, 2011

Selamat Datang Julai

Selamat Datang Julai...
Kita dah dipertengahan tahun - cepatnya masa berlalu..Julai ini..? pada 15 Julai , genap setahun baby Nur Izzqistina - masih teringat2 lagi kenangan masa melahirkan dia..anak yg ke-4 ni, memang senang sgt dan dipermudahkan masa bersalin..tapi, ada peristiwa yg seronok dan tetap segar di ingatan, kerana Qistina telah berkongsi hospital, tarikh yg sama, masa yg sama bersama2 dengan Muhammad Afief iaitu anak Kak yam ( 1 tempat kerja dengan aku)hehee- bila ingat2 balik - senyum2 kambing dibuatnya..

perjalanan 15 julai:
1.00 pagi : dah keluar cecair darah - bangun dan bagitau mak - (mak jugak yg aku bagitau dulu, seblum suamiku)
2.30 pagi: tidur balik - suami kata, esok pagi dah kena pegi hospital ni...
6.30 pagi: berangkat ke Hospital Serdang
7.00: masuk bilik pemeriksaan - dah ada bukaan 2 CM (standby2 dulu sambil bbrekfas susu milo dan roti..nk dapatkan tenaga
7.30: kak yam muncul.."hei kak yam" ayat yg aku keluarkan masa dulu
kak yam kata" akak dah nak sakitlah"
8.00 - 10.00: borak2 dngan kak yam di katil massing2 - tiba2 doktor datang pecahkah air ketuban kak yam..dia dah sakit sangat..aku masih relax jer..sambil berjalan2 kat wad, aku bual2 dngn ibu y2 laing - kak yam dah kenang sorong ke bilik bersalin..
10.30 - tiba2 air ketuban dah pecah dngan banyak...aduh..lencun aku dibuatnya..
11.00 : disorong ke bilik bersalin - aku tak de rasa sakit pun..suami sempat memberikan kata semangat..
11.13: baby selamat lahir ke dunia...baby girl sebera 3.2kg..cute sgt..alhamdulillah, ini 1st time suami masuk ke wad bersalin..dan dpt me nyaksikan sendiri saat2 kelahiran anaknya..
11.30: disorong ke bilik - terjumpa kak yam lg - dia dah selamat melahirkan bb boy seberat 3.56kg..sama2 disorong..tapi kami berlain bilik jer time tu...
12.30: nak makan tp aku tak larat nk bangun - tak terdaya nk suap makanana..tapi aku lapar..suami tak sampai2..
2.00: suami dan mak aku datang - bawa makanan - mak menyuapkan aku makanan..lepas tu aku rehat..
6.00 petang - suamiku datang lagi..doktor kata, bila2 masa aku boleh balik..
10.00 mlm: aku boleh balik - mak dan suami datang.. selamat tinggal hospital serdang, ada jodoh n rezeki kita bertemu lagi...
11.00: selamat datang sayang ke rumah kita..

itulah saat2 pengalaman aku bersalinkan anak ke-4..15 julai ni dah setahunlah Nur Izzqistina yg comel - aku panggil dia sibotak kundur, kerana rambut dia tak panjang2 sejak cukur jambul masa hari ke-21 ...


ini pic dia masa di hospital

Monday, June 27, 2011

peranan ibu bapa

Hari ini nak cerita pasal peranan ibu bapa ... sejak dah ada anak2 ni, dh teringkat kembali pengorbanan dan peranan ibu bapa kita dulu - besarnya pengorbanan mereka..? respect kat mak dan bapa yg dpt membesarkan kami 9 orang adik beradik...dpt hidup dengan baik ( walaupun dah mewah) tapi syukurlah kami dpt menjejak kaki ke menara gading - dapatlah merasa hidup sebagai siswi dan siswa - dan yg lagi best, dh dapat kerja walaupun takdelah berpangkat tinggi..syukurlah...
huhu - besarnya peranan dan pengorbanan ibu dan ayah kita kan..? klu nk diceritakan, nak nangis pun ada jugak..byk pahit maung dilalui oleh mak ayah kita dulu utk membesarkan kita adik beradik...
perkara yg aku tak boleh lupa ialah, apabila mak menyuruh aku minta duit kat nenek (sebelah ayah) sebab nak beli susu adik masa tu..masa tu mak takde duit, ayah blum gaji..
yg tak boleh aku lupa, tiap2 bulan mak bankin duit kat akaun aku time aku belajar kat UiTM dulu..sekarang..? bolehkah aku membalas duit mak itu semua...? wa wa...kalau lah dihitung, dh berapa ribu2 ..TAPI, mak tidak pernah utk meminta balasan dan bayaran - dia hanya nak aku hidup bahagia dan besarkan anak2 aku dengan baik dengan gaji yg aku terima - dia faham dengan keadaan aku, membesarkan 6 org anak...duit hantar rumah pengasuh, duit susu, duit pampers, duit sekolah, duit itu dan ini...tapi aku tidak lupa utk menghulurkan utk mak walau sedikit..
Bila anak2 dah besar, byk karenah, aku malas dan geram nk melayan karenah mereka - tpi aku akan terfikirkan mak, adakah perasaan yg sama mak rasa ketika membesarkan kami..aku tanya pada mak, dia dh lupakan itu semua, dia tak pernah rasa nak marah sebab itu dah tanggungjawab dia. mak selalu berpesan supaya aku menjga dan menunaikan tanggungjawab aku sebagai seorg ibu sebab anak2 ini adalah anugerah Allah yg paling berharga...
Ibu juga selalu berpesan supaya aku berbuat baik dan jangan menyakitkan hati mak mertua (mak yg duduk dengan aku sekarang ini)...
Oklah - next entry, ada masa aku nk cerita pasal mak mertua pula...
utk panduan utk aku sendiri dan utk kawan2, sentiasa mengingati jasa kedua2 ibu bapa kita yg telah byk berkorban utk anak2nya...
Sayang inahku, syg mak ku...

Wednesday, June 1, 2011

kematian itu adalah pasti

Assalamualaikum semua - kenapa pagi ini, tiba2 terasa sayu dan sedih... teringat kat arwah nenek yg telah pergi..sebenarnya aku merindui dia sgt2- tak tahulah kenapa...


Ntahlah kenapa pagi ini, aku rindu sgt2 kat dia...Mungkin sebab arwah nenek yg membesarkan aku dulu.. byk perkara dan kenangan masa kami bersama..Teringat lagi, time dulu, apbila cuti sekolah, mesti mak akan hantar kami adik beradik balik Kg nenek di Labuan.. masa tu, cuti sekolah 2 bulan, time inilah, perkara yg aku paling tak suka sebab akan balik kg nenek..kenapa aku tak suka :
- rumah nenek tiada TV- tiap2 mlm mesti tumpang tengok tv kat rumah atuk saudara
-kt kg, tak dapat makan jajan - tak semewah duduk dgan mak
-tiap2 pagi mesti minum Teh O je dan ubi rebus..
-rumah nenek rumah kg - tak best..
-makanan yg sama jer- nasi-ikan-sayur - jrg nak makan ayam
-memang tak bestlah..

Tapi bila aku dh besar ini, saat2 dgn neneklah yg best,,aku belajar mengaji, berdisiplin - sebab arwah atuk dulu, tegas orang...
Ya Allah, jika perkara lalu boleh diimbas kembali, aku nak pergi ke zaman itu..Ya Allah, semoga arwah nenek dan atuk ditempatkan dengan golongan orang-orang yg dirahmati oleh Allah..hnya doa yg boleh aku titipkan utk mereka,,ya Allah, aku amat merindui mereka...

Tuesday, May 31, 2011

1Klik 2nd GIVEAWAY

1Klik 2nd GIVEAWAY


Salam sejahtera pada pembaca.


Disebabkan sambutan yang sangat menggalakkan menerusi peraduan Rakan 1Klik GIVEAWAY yang lalu, dengan sukacitanya kami menganjurkan siri kedua peraduan melalui blog Rakan 1Klik. Peraduan Rakan 1Klik 2nd GIVEAWAY dengan syarat yang mudah dan hadiah yang lebih lumayan.





Antara syarat utama yang perlu dipatuhi para peserta:


1) Jadilah follower blog Rakan 1Klik
2) Masukkan link blog Rakan 1Klik ke dalam bloglink anda.
3) Masukkan badge Rakan 1Klik 2nd GIVEAWAY di bahagian sidebar blog anda.
3) Sumbangkan mesej atau pandangan MEMBINA & BERNAS di mana-mana entry kegemaran anda.
4) Komen yang BANYAK & TERBAIK akan disenarai pendekkan sebagai pemenang.




Hadiah yang ditawarkan berupa:


PERTAMA: Kamera Digital Samsung ES80 with 4GB memory card






KEDUA: Hard disk 200 GB


KETIGA: Hard disk 100 GB


10 hadiah saguhati





Sumbangan hadiah-hadiah daripada YBhg. Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Penerangan Malaysia, Pengarah dan Timbalan Pengarah Bahagian Penerbitan Dasar Negara.

Peraduan ini bermula dari 1 Jun sehingga 29 Julai 2011. Lebih banyak anda titipkan komen, lebih besar peluang untuk tampil sebagai pemenang. Selamat berjaya!

Sunday, May 29, 2011

Hatiku sedih

Hatiku sedih - tak dpt nk dibayangkn ..memanglah seronok kerana joint family day Ajinomoto 2011 di genting - family day yg Grand sgt2 - mewah dngan makanan dan a lot of activities..tp sedih sangat2, time2 berseronok tu, gelang emas kesayanganku telah tercicir..sedihnya ( gelang emas yg sebijik macam gelang mak aku..) sedih betul lah...kalu tak silap gelang ni aku beli tahun 2008 kot - time tu harga emas murah lagi..duit pemberian daripada suami tersayang..
saat2 kehlangan gelang ni, aku perasan masa beratur n besesak2 time tunggu Q nk naik kereta kabel..bila dah masuk dalam kereta kabel, barulah perasannnnn gelang ku dah hilang...wa wa wa....aku dh jadi bad mood lepas tu..tak mau main apa2 laagi...tpi sebab ingatkan anak2 yg tengah berseronok, aku buat2 happy jelah...tpi dlm hati, hanya tuhan yg tahu...sedih betul lah....seddihhh...

Thursday, April 14, 2011

Hospital serdang yang terbaik

Dua hari ni, tertarik dengan luahan dan pengalaman bersalin di Wad Bersalin Hospital Serdang di Utusan Malaysia bertarikh 13 dan 14 April 2011 oleh Encik Izhar dan Puan Amira. Saya tertarik untuk berkongsi cerita dan pengalaman bersalin di Wad Bersalin Hospital Kerajaan . Dua orang putera saya di lahirkan di Hospital Queen Elizabeth dan dua orang puteri di lahirkan di hospital Serdang-Bagi saya, Hospital Serdang adalah hospital yang terbaik dilayan bagai VIP.Mengandungkan anak ketiga dan bersalin di Hospital Serdang satu pengalaman yang baik. Saya melahirkan anak perempuan seberat 4.2 kg mendapat sokongan yang padu daripada doktor dan jururawat. Mungkin itulah rezeki namanya. saya mendapat kekuatan dan semangat daripada doktor dan jururawat. Kelahiran anak saya hampir di'vakum' tetapi atas sokongan dan semangat daripada mereka, saya melahirkan anak secara normal. Melahirkan anak ke-4 di hospital yang sama, layanan daripada pihak hospital macam layanan di hospital swasta - saya berborak2 dngan jururawat semasa di wad bersalin - mungkin saya peramah atau pasrah dengan kelahiran yang akan berlaku. saya takut saya akan melahirkan bayi yang berat lagi- sebenarnya saya amat takut nak bersalin.. tapi itulah rezeki namanya - jururawat yang bertugas memanggil suami saya ke bilik bersalin - saya selamat melahirkan anak perempuan disambut oleh seorang doktor perempuan yang kecil yang lebih muda daripada saya. Tapi beliau membuat kerja beliau dengan baik dan sempurna - menyambut kelahiran anak saya, mengeluarkan uri dan darah, dan menjahit luka dengan baik...Selepas itu, dihantar ke bilik yang menempatkan sebilik 4 orang pesakit - dengan petugas-petugas yang sentiasa bertanya adakah puan pening, puan ok ke?

pengalaman bersalin di wad bersalin Hospital Serdang adalah yang terbaik - dilayan bagai VIP - kadang-kadang saya teringat kata seorang kakak, bersalin ni macam rezeki juga- jika rezeki kita baik kita akan mendapat pengalaman yg baik jugak - sentiasalah berdoa semasa bersalin supaya dipermudahkan segala urusan.

Thursday, April 7, 2011

Rakan 1Klik

yg nk joint giveaway....

http://rakan1klik.blogspot.com

GIVEAWAY Rakan 1Klik

6 hingga 27 April 2011


Jom sertai GIVEAWAY anjuran Rakan 1Klik. GIVEAWAY ini dilancarkan sempena memperkenalkan blog penulis pena Rakan 1Klik kepada umum. Di samping itu, kami ingin menghargai para pembaca yang sudi menziarahi blog ini. Berikut adalah syarat mudah untuk sertai peraduan ini.


Syarat-syarat penyertaan:
1) Follow blog Rakan 1Klik.
2) Masukkan link blog Rakan 1Klik dalam bloglist anda.
3) Paparkan badge GIVEAWAY Rakan 1Klik di sidebar blog anda.
4) Tulis sebarang komen di dalam kotak mesej entry ini
berserta nama pena, alamat e-mel dan blog anda.
5) Penulis-penulis Rakan 1Klik tidak layak menyertai GIVEAWAY Rakan 1Klik.



Hadiah yang ditawarkan:
Sebuah kotak barang kemas (5”x7”) untuk 6 pemenang
Pengumuman pemenang:
28 April 2011

Tuesday, April 5, 2011

Sunday, March 13, 2011

Ulang Tahun Perkahwinanku...

14 Mac - ulangtahun perkahwinanku -
smoga kebahagiaan, kegembiraan, sentiasa bersama2 dngn kami -
doaku - smoga kasih sayangku, cintaku hnya utk suamiku sehingga ke nafas yg terakhir -
sepnjang menjadi isteri abg - aku bersyukur kerana abang kadang2 byk mengalah dengan kemahuanku
byk juga onak dan duri ditempuhi - pahit manis dalam keluarga mjadi kebiasaan- ibarat putaran roda...
bagiku - abg lh yg terbaik - aku sanggup menerima kelemahan dan kekurangan dia dan abg pun begitu juga- sanggup menempuhi suka dan duka bersama2 ku...

Thursday, February 24, 2011

Ibu

25.2.2011 - (Jumaat) Salam Pagi Jumaat - smoga hari ini lebih baik drpd hari2 seblumnya ...pagi ini kul 4pagi aku dh bangun - sebab baby Qistina dh  jaga - puaslah aku nk melayan dia tpi dia tak nak tidur2 pula...xpelah - aku main2 dgn dia walaupun masih dalam keadaan mamai2 lagi tu--hubby tengah nyenyak tidur pula.. tiba2 pagi ini aku teringatkan mak - begitu besar pengorbanan seorg ibu kan..? start dr mengandung, melahirkan dan mbesarkan kita...klu nk dihitung tak terbalas rasanya...Masa aku melahirkan anak, mak lh yg menjaga aku - menguruskan aku...
Apabila anak2 kita dh besar nti - adakah mereka (anak-anak) akan ingat pengorbanan kita ini..? adakah mereka akan menjaga kita dgn baik apbila kita dah tua..? apbila kita dah tak berdaya..? adakah ...? macam2 persoalan dlm fikiran ini...? Mak aku pernah bkata.." apa yg kita buat atau lakukan kat ibu bapa kita, akan dibalas apabila kita dh tua kelak..."
Mak aku - mak yg tebaik buat ku - yg boleh bkongsi cerita - yg memberiku semangat - mberikan nasihat - tempat rujukanku - tmpatku menangis dan ketawa - mak sentiasa tersnyum- masa kecil2 dulu, aku ingat mak penah pukul aku - cubit paha aku sebab aku tak jaga adik...itulah yg pertama n terakhir kot..sekali itu jer...
Mak aku - masa aku kecil slalu nyanyi lagu twinkle2 tu..smpai sekarang, bila aku nyanyi lagu tu kat anak2 aku pun teringat mak...
                              Twinkle, twinkle, little star,


                               How I wonder what you are.

                               Up above the world so high,

                                 Like a diamond in the sky.

Semoga aku akan sentiasa mengingati Mak - dan semoga anak2 aku kelak akan mengingati aku sepertimana aku mengingati mak aku sekarang ini...Insyallah...

Tuesday, February 15, 2011

Aku nak kurus...

aku nk kurus..rasa tertekan jugak dngn bentuk badan macam ni..tp suami aku berkata "terimalah kenyataannya - mama tu dah beranak 4 - patutlh badan macam tu.." perlukah aku terima kata2 suami ini...
kenapa..kenapa..kenapa..?badan tak turun2 ni..aku dh ikut apa yg LWM bagi nasihat tu..hi geram tul lah..
aku dh byk berkorban - tak makan malam - tak makan nasi - lupakan makanan kegemaran - dan macam2 lagi lah..tpi kenapa berat badan ni tak turun2 jugak...degil betul...
Begini ceritanya - mula2 dulu berat badan aku tak sampai pun 40kg..kawan2 aku kenal lh tu, macam mana rampingnya aku dulu - heheheee...lepas melahirkan anak pertama berat dh 45kg...anak kedua 48kg...anak ke-3 naik mendadak 56..anak ke-4 ni dh 60kg lebih..macam baju2 aku yg cantik dh tak leh nak pakai..seluar jean kesayangan aku tu dah lama tak pakai...wa wa..nk nangis pun ada juga kalau kemas baju2 lama tu..sayang sgt2 dngan baju tu...
ini pic aku masa umur 20 tahun - berat time ni baru 40 kg
Aku nak kuruskan badan smpai 50-55 pun jadilah...tolong......Insyallah - aku akan berpuasa...puasa...puasa...coz aku ada hutang 24 hari lagi...masa bulan puasa hari tu aku tengah berpantang....



aku suka dengan baju ni..tp skrg tak leh msuk dah...time ni berat aku dalam 48 kot..


ni pic aku tahun 2006 kot..kurus lagi kan..time ni berat dalam 50 kg..dah ada anak 2...muka pn nmpak lonjong2 lagi,,hehe
 
ini pic 2008 - aku slim lagi kan..? berat time ni dah 52kg..sebenarnya nk fokus kat seluar jeans tu..suka dngan seluar ni tpi tak leh nk pakai dah..wa wa...
 
suka jugak dngan baju hitam ni...time dulu klu aku pakai baju ni nmpak slim jer..cantik..tpi skrg kalu aku pakai baju ni dh nmpk spare tyre ada 3 lapis..hahaa...




Sekarang....? 




ini pic masa pregnt anak ke-4 - berat time ni dah nk 70kg kot...seleera si ibu mengandung,...




ini masa anak ke-3 -8 bulan - nmpk chubby kan?




ini pic terbaru aku...dah 62 kg...baju ni muat2 jer..dari pagi hingga ke saat dinner ni aku tak makan apa2...coz nk bagi muat2 baju ni aku nk pakai...hahaa...

oklah - wish me semoga kurus kembali yer...itulah azam aku kot..smoga aku akan kurus seperti dulu...nk slim...Gud Luck