Total Pageviews

Thursday, March 1, 2012

Penyakit kulit tangan, kaki & mulut

Owh- hari ni nk citer pasal penyakit kulit tangan, kaki & mulut ni - last week my lil doter insyirah kena penyakit ni - aduhai? kenapa kena? baru beberapa bulan duduk taska dah ada dugaan cam ni - tapi syukurlah - lil Insyirah kuat melawan penyakit ni, dia xdalah demam teruk, makan pun still selera lain - doktor kata, penyakit ni kalau tak kuat imun, anak akan demam, jd lemah, kurang selera makan / mnyusu dan apbila anak lemak, ini boleh menyebabkan anak warded...

Ini info ttg penyakit ini..(copy paste je tau)

Cegah Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut


Penyakit tangan, kaki dan mulut disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus) yang biasanya menjangkiti kanak-kanak di bawah umur 5 tahun
Jangkitan ini berlaku disebabkan tidak mengamalkan kebersihan diri yang baik dan berada di tempat atau persekitaran yang sesak
Penyakit ini dijangkiti melalui kontak secara langsung dengan pesakit serta melalui najis, air liur dan lelehan dari hidung pesakit
Kebanyakkan kes penyakit ini tidak serius, namun begitu terdapat juga kes-kes teruk yang melibatkan sistem saraf dan jantung
Setiap ahli keluarga dinasihatkan mengamalkan kebersihan diri untuk mencegah jangkitan

Tanda dan Gejala Penyakit

Ruam dengan lepuh di tapak tangan, kaki dan kawasan lampin
Ulser di tekak dan mulut
Demam
Sakit kepala
Hilang selera makan

Langkah-langkah Pencegahan

Cuci tangan dengan sabun dan air bersih sebelum menyediakan makanan, selepas ke tandas, selepas menukar lampin anak dan mencuci najis anak
Tutup mulut dan hidung dengan tisu apabila bersin dan batuk
Jangan berkongsi barang-barang peribadi seperti berus gigi, sapu tangan, tuala, cadar, cawan, sudu dan garpu
Mandi dan tukar pakaian selepas pulang dari tempat kerja sebelum bermesra dengan bayi atau anak kecil
Cuci alat mainan, permukaan meja, kerusi dan lantai yang dicemari air liur anak
Elakkan membawa anak kecil ke tempat umum yang sesak seperti pusat membeli belah, pawagam, kolam renang, pasar dan stesen bas

Sekiranya anak anda mempunyai tanda-tanda dan gejala penyakit tangan, kaki dan mulut:

Bawa segera ke hospital atau klinik berhampiran
Jangan hantar ke tadika, rumah pengasuh atau sekolah
Lap lelehan dari mulut dan hidung menggunakan tisu


Sumber Maklumat : Kementerian Kesihatan

No comments: