Total Pageviews

Monday, August 15, 2011

Hari-hari yg kosong....

seminggu ni, hatiku kosong bagai tiada apa perasaan...mungkin aku terkenangkan raya yg akan tiba..kenapa? hati aku melonjak2 ingin terbang balik ke sabah bersama keluarga besar ku... bak kata yg selalu aku cakap kat adik beradik aku
" andai wana seekor burung, dah lama wana terbang balik ke KK '- tempat lahirku, negeri kebanggaanku... rumah mak, ibarat rumah terbaikku...

Teringat pengalaman raya masa kami kecik2 dulu..best sgt2... mak dan kakak rajin buat kuih raya, aku tukang tengok dan tukang bakar je..bab2 mengadun aku memang tak ambil peduli..tapi aku paling suka bab2 menghias, sangkut langsir dan kemas rumah, susun atur rumah..abg2 aku yg lain tukar tengok je lah..

tapi, apakan daya, tahun ini - aku beraya disini - nangis tak berlagulah...

Buat Ibu Bapa dan Anak | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Buat Ibu Bapa dan Anak iluvislam.com + discover the beauty of islam

Thursday, August 11, 2011

i love my mom

‎"I need my mom no matter what age I am. My Mom has made me laugh, wiped my tears...hugged me tight...watched me succeed...saw me fall...cheered me on...kept me going strong...and drove me a little crazy at times! But my Mom is a promise from God that I will have a friend forever...

Thursday, August 4, 2011

sabar....

Hari ini nak cerita pasal 'SABAR' .... Sabar ini adalah satu perbuatan baik dan mulia...Sabar adalah menahan diri kita daripada api kemarahan...Dengan sifat Sabar, Allah akan mencintai orang yg memilikinya..Sentiasa bersama orang itu (yakni orang sabar) dari segi pegawasan hidayah, diberikan pahala yang tidak terkira,dikurniakan 3 perkara serentak iaitu, selawat, rahmat & petunjuk dan seterusnya memasuki syurga dengan dialu-alukan oleh para malaikat..

Dan pada bulan puasa ini, kesabaran kita kena lah berganda2...sabar daripada perkara2 yg hanya boleh membawa kita kepada api kemarahan...

Berkenaan sifat ini Allah s.w.t. berfirman, maksudnya:
          “Allah sentiasa Mencintai orang-orang yang sabar” (surah Ali Imran, ayat 146),
          “Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar” (surah al-Baqarah, ayat 153), dan
          “Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka 
       dengan tidak terkira” (surah az-Zumar, ayat 10).

Seterusnya Allah juga berfirman: “Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar; (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: ‘Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.’ Mereka itu ialah orang-orang yang menerima selawat dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk-Nya.” (surah al-Baqarah, ayat 155-157).

Semoga aku tergolong dalam golongan orang2 yang  sentiasa SABAR...


sabar bahhhhh....


Tuesday, August 2, 2011

tempat2 yg aku ingin kembali lagi....

Pagi ini, tetiba2 pula terfikir tmpat2 yg aku nak pergi lagi....Kenapa aku nak pergi lagi...? apa yg menarik....? apa keistimewaannya tempat tu....hehhee...
Mestilah ada keistimewaan tersendiri kan,,? sebab itulah nak pergi lagi..berkali2 pun tak pa juga.

Pertama
Aku nak p Langkawi lagi...sebab apa..? masa kat sana aku teruja betul2 ..dgn coklatnya - segala candy2 kat situlah semuanya murah2...barangan corelle, vision, segala bentuk alat2 memasak, pinggan mangkuk, sudu, frying pan dll sgalanya murah jika dibandingkan dngan Key El ni...
lambang Langkawi - mesti ada burung helang


ni gambar masa dlm ferry...

tengah canting batik

tempat Kedua
Aku dah berkali2 p cameron highland, tapi tak perna nk jemu2...sebab apa ya...
first, aku suka dngan suasana cameron - yg sejuk2 gitu...suka pemandangan dari atas bukit hentian / persinggahan nak minum teh tu..walaupun mahal jugalah tapi aku tetap minum kat atas tu sambil menikmati permandangan ladang teh yg terbentang luas....nyaman......

cantik permandangan ladang teh kalau kita dari atas...

aku suka dengan strawberry - ladang salad , (aku memamg peminat salad) sayuran segar...


ditengah2 ladang salad hijau
aiskrim strawbery...nyum - nyum

ditengah2 salad ....
aiskrim strawberry, salad + strabery and pan cake  straberyy - terbaik wokkkk
ini muka anak aku kat strawberry....

stawberry


OKlah berjumpa lagi diruangan seterusnya....nak chow dulu, nk buat kerja ......






Monday, August 1, 2011

Salam ramadhan - hari ke2

salam Ramadhan kawan2 ku semua - hari ni nk cerita psal bazar ramadhan kat tempat aku n, taman putra perdana, puchong...semalam lah kan, 1st day berbuka puasa, kononnya nak belilah makanan kat Bazaar...


Kol 630ptg, aku dan en.suami n Insyirah pergilah ke bazaar dekat dngn rumah tu, bila smpai, Mak aihhh ramainya umat manusia, berduyun-duyun, berpusus-pusu, berbaris menunggu giliran...aku dah jadi rimas...


Time tu, teringin nak makan roti john, kebab, tapi bila dh smpai giliran,. roti pula habis, kebab dh kena kebas....kempunan tak dpt makan...selepas tu, nk p tengok gerai bihun sup pula - aku peberet jugak bihun sup ni - selalulah juga beli time ada pasar malam tu, tapi- tidak seperti yg aku jangka - bihun dia punyalah ciput, hega pula dah naik 50sen - dripa hega RM3 dah jadi RM3.50..yg aku tak puas hati tu, kuantiti dia sampai hati dorang kurangkan....memang nak untung banyak2 peniaga ni...ini kesempatan mereka utk mengaut untung lebih...


Teringin pula nak makan bubur kacang hijau ...mak aihhh, hega pun naik juga dah jadi RM2...dgn kuah dia yg cair mair - tak kuasa aku nak makan - entah2 dorang peniaga buat cincai je kot sebab nk cepat...