Total Pageviews

Sunday, July 31, 2011

All About me Slideshow

All About me Slideshow: "TripAdvisor™ TripWow ★ All About me Slideshow ★ to Pucon and Puchong. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor"

Thursday, July 28, 2011

Selamat Berpuasa...

Insyallah - hari senin ni kita akan start berpuasa .. alhamdulillah, aku telah dpt menghabiskan puasa Qada ku selama 30 hari kerana puasa tahun lepas aku dalam berpantang baby Qistina...

Bulan puasa akan datang, masing2 dah sibuk buat persediaan untuk Hari Raya akan datang - aku belum ready apa2 lagi - kononnya nak buat baju sedondon anak beranak, tapi kain nya pun belum beli lagi...

Ni raya kali pertama buat Qistina...

aku tak kisah pun baju raya ni- ada ke tak de ke - sama je , yg penting anak2 tu ada baju raya sebab budak2 ni akan tanya, teringat masa aku berpantang kat Sabah hari tu (tahun lepas) kak misha (anak perempuan aku) asyik call je, ma bila akak nak beli baju raya ni....ayah senyap je, tak beli baju raya lagi pun...
so, tahun ini, aku akan pastikan akan sediakan baju raya mereka seawal yg boleh...

Tuesday, July 26, 2011

PUTRAJAYA

OOO Putrajaya - aku tak sabar nk datang...hehee...
Sebenarnya tak sabar nk pindah ke putrajaya - soon, jabatan Penerangan Malaysia wil move to new building in Putrajaya...la la la...senangnya dalam hati - tak sabar nk pindah bangunan baru - smua baru-


Kenapa aku suka JPM pindah ke Putrajaya:
1) dekat dgn rumah aku lah - dlm 10 minit je kot - aku duduk kat Taman Putra Perdana, puchong tapi dah puchong hujung dunia - dekat2 dngn cyberjaya dah..


2)byk save budget aku - utk minyak- tak payah bayar tol - tak payah bayar parking..jimat2...bolehlah aku kumpul duit myk tu utk benda2 lain - kalau tak, aku peruntukkan myk RM60 utk seminggu - tol=RM25 utk sminggu - parking=RM20 utk sminggu


3) aku boleh lah kuar lambat sikit - dlm kol 7lebih - bolehlah hntr anak2 dulu p sekolah, p nurseri..jemur kain pun boleh lg...best-best


4) skrg: aku kuar rumah tiap2 hari sblum 6:30 pagi..kawan2 aku yg duk KL, time ni masih tidur lagi..tapi bila dh pindah putrajaya, ha, rasalah pula kuar awal wahai kawan2 yg duk KL ni...


5) kalau hari jumaat tu kan, rehat panjang - bole balik rumah - makan - kt putrajaya pun mana ada tempt best nk shoping...alamanda tu je lah yg ada..


6) Memang aku sukalah pindah putrajaya -heheee.....suka - suka...

beraya kat mana ye..?

hari ini - (selasa - 26.7.2011) aku puasa ganti lagi ... hari2 terakhir seblum ramadhan tiba minggu depan..
Tahun ni, aku beraya kt sini jelah ( puchong)- mesti sedih kan..? klu boleh aku nak beraya kt kampung N9 tu jugak - tapi memandangkan keadaan rumah yg tak mengizinkan, suami aku kata, kita beraya je lah kat Puchong..wa wa... beraya di Bandaraya..mesti tak best...
tapi, dlm hati aku - memang teringn nak braya kat kg - mcm dulu - tahun lepas aku beraya k






at sabah ..


ini pic masa raya tahun lepas




aku tak braya sakan sgt coz time ni aku dlm pantang baby ke-4 -smpai pic baby pun aku tak de ambil coz lupa...

Sunday, July 24, 2011

mengantuk

Hari ini nak citer pasal menguap ni - hari isnin ni, mesti mengantuk, letih dan lemah2 badanlah..kenapa ehh? ini penyakit malas hari senin lah ni...

Salah satu perkara yang sering mengganggu kerjaya kita adalah “MENGANTUK”. Menguap merupakan ciri2 orang yang mengantuk. Sebenarnya ia merupakan gangguan syaitan yang menginginkan kita lalai dengan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita. Maka di sini ingin saya kongsikan tips dari Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam untuk menangani gangguan syaitan ketika “MENGANTUK” yang menyerang melalui senjatanya “MENGUAP”.

HADIS TENTANG MENGUAP :


الْعُطَاسُ مِنَ اللّهِ , وَالتَّثَاؤُبُ مِنَ الشَّيْطَانِ , فَإِذَا تَثَاءَبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَضَعْ يَدَهُ عَلَى فُيْهِ , وَإِذَا قَالَ : آهْ , آهْ , فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَضْحَكُ مِنْ جَوْقِهِ . وَإِنَّ اللّهَ عز جل يُحِبُّ الْعُطَاسَ ، وَيَكْرَهُ التَّثَاؤُبَ .

"Bersin itu dari Allah dan menguap itu dari syaitan. Jika salah seorang kalian menguap, maka tutuplah mulutnya dengan tangannya dan jika ia mengatakan `aaah... ', maka syaitan tertawa di dalam perutnya. Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan membenci menguap." (Hadis riwayat. At-Tirmidzi )

FAEDAH DARI HADIS:

1. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memberitahu kita bahawa menguap berasal dari syaitan gangguan Syaitan.

2. Oleh itu, apabila kita menguap atau terasa hendak menguap :

a. Berusaha menahannya sedaya upaya.

Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam :

"Apabila salah seorang dari kalian menguap dalam solatnya, hendaklah ia berusaha menahan menguapnya sedaya mampu kerana ia boleh menyebabkan syaitan masuk." (Hadis riwayat. Muslim)

b. hendaklah kita menutup mulut (samada dengan tangan kiri atau kanan, depan atau belakang, kerana Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam tidak menetapkan mana2 bahagian),

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya),

“Jika seseorang dari kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan masuk (ke dalam mulut yang terbuka).” (Hadis Riwayat Muslim)
c. Elak dari mengeluarkan bunyi ketika menguap. Seperti “Haaaaaah” Kerana apabila seseorang itu menguap sambil mengeluarkan bunyi, maka Syaitan akan ketawa. (mungkin sebab tulah ada orang terdengar hantu2 ketawa di banggunan baru ijn .


d. Elakkan juga mengangkat suara ketika menguap.
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya),

“Menguap adalah dari Syaitan. Maka apabila seseorang dari kalian menguap, tahanlah (dari menguap) dengan sedaya upaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang itu menguap sambil berbunyi “Haaa” maka Syaitan akan mentertawakannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Maka, apabila anda bebas dari gangguan syaitan, anda pasti dapat melaksanakan tanggungjawab anda dengan cemerlang….InsyaAllah..

Friday, July 22, 2011

apa nak cite pula yer...

owh..nak citer pasal anak2 lh pula...hari ni aku nk kongsikan cerita pasal anak2 ku yg suka main air..
Best je Qistina first time masuk kolam renang

ini pic masa kami kat wet world pula

Tuesday, July 19, 2011

Wet World Shah Alam

last week 17.7.2011 (ahad) kami g wet world, shah alam utk celebrate birthday qistina 1 tahun dan reunion dngan kawan2 sekolah ku dulu...

Monday, July 18, 2011

Asam Garam Hidup Dengan Mak Mertua

Semalam saya sempat berfacebook dengan seorang kawan lama. Mula² tu hanya bertanya khabar .. maklumlah .. lama tak berjumpa. Tapi lama² terus bercerita tentang kehidupan dia sekarang. Kawan saya nie dah lama berkahwin dan ada 2 orang anak. Government servant macam saya juga. Selain tu dia ada buat kek, biskut dan coklat sebagai side income. Kira lepas la buat beli baju atau tudung untuk berjalan². Nak harap gaji bulanan dia dan suami dia .. memang tak pernah cukup. Kawan saya nie tinggal serumah dengan mak mertua dia. So, saya kata bagus lah sekurang²nya jimat lah sikit .. tak perlu bayar sewa umah dan dia katakan yang dia nak keluar dari umah mertua dia tu sebab dia dah tak tahan dengan sikap mak mertua dia lagi.



Teringat cerita Ibu mertua-ku arahan Arwahyarham Tan Sri P. Ramlee

Mak mertua dia seorang yang sukar difahami orangnya. Masa awal perkahwinan dulu, mula² semuanya OK .. tapi lama² kelamaan .. mula lah tunjuk belang. Itu tak suka, ini tak boleh, serba tak kena semuanya. Hari² berleter .. marah² .. tak puas hati kat dia atau suami dia. Adik ipar dia pun lama keluar menyewa rumah lain sebab tak tahan dengan perangai mak sendiri. Tapi, dia masih boleh bersabar. Pernah mak mertua dia bersungut tentang duit bulanan yang diberi oleh suami dan ipar duai dia. Memanjang je complain itu ini. Yang peliknya .. nak duit banyak² nak buat apa? Barang² keperluan rumah selalu cukup. Simpan banyak² duit bukan boleh bawa masuk kubur pun. Kawan saya nie pernah la belikan kain pasang untuk buat baju raya. Tapi mak mertua dia terus beri kat adik ipar dia. Kecik hati kawan saya tu. Masa nak sambut Hari Raya pulak, Mak mertua dia sorokkan stok barang² dapur. Katanya kalau mereka nak makan pandai la cari sendiri. Nauzubillahiminzalik! Tergamam saya seketika.

Mak mertua dia seorang yang pilih kasih juga. Dia lebih menyayangi dan menyanjungi seorang menantunya yang menetap di Kelantan. Paling sedih bila pada suatu hari mak mertua dia beli permainan, so anak kawan saya nie nak ambil mainan tu, terus mak mertua dia rampas dan katakan yang permainan nie untuk cucu²nya kat Kelantan tu.

Based on this stories .. buat saya terfikir kenapa selama nie dia tak pernah pun pelawa saya ke rumah dia. Jadi sekarang baru lah saya tahu kenapa. Tapi katanya dia akan berpindah keluar dari umah mertua dia beberapa bulan lagi. Baguslah keputusan tu dan sangat tepat .. demi kebaikan rumahtangga dia. Saya berharap kawan saya dapat bina hidup baru yang lebih sempurna dan bahagia disamping keluarga tercinta. Cerita ini tulis hanya lah sekadar untuk renungan bersama. Semoga yang baik itu jadikan sebagai panduan hidup dan yang tak elok tu kita elakkan. Fikir²kan lah!

Anastasyea: Berfikirlah bahawasanya ada orang lain diluar sana yang lebih teruk lagi menghadapi masalah hidup berbanding kita.

Sumber Rujukan: Asam Garam Hidup Dengan Mertua | anastasyea.com

Wednesday, July 13, 2011

14/7/2011
Hari ini - aku puasa lagi - utk menqada puasa disaat akhir ni..huhu - perut dah rasa pedih2, pagi tadi makan nasi lauk telur mata je..
Smmalam g Klinik Gigi - nak tampal n cuci gigi - punyalah ramai..walaupun klinik berbayar (swasta)
pagi ni, dapat kiriman gambar di FB - iaitu lukisan daripada sahabat lama yg dah lama tak jumpa..
cantik tak lukisan ni...thanks to Mas .... i like