Total Pageviews

Monday, July 18, 2011

Asam Garam Hidup Dengan Mak Mertua

Semalam saya sempat berfacebook dengan seorang kawan lama. Mula² tu hanya bertanya khabar .. maklumlah .. lama tak berjumpa. Tapi lama² terus bercerita tentang kehidupan dia sekarang. Kawan saya nie dah lama berkahwin dan ada 2 orang anak. Government servant macam saya juga. Selain tu dia ada buat kek, biskut dan coklat sebagai side income. Kira lepas la buat beli baju atau tudung untuk berjalan². Nak harap gaji bulanan dia dan suami dia .. memang tak pernah cukup. Kawan saya nie tinggal serumah dengan mak mertua dia. So, saya kata bagus lah sekurang²nya jimat lah sikit .. tak perlu bayar sewa umah dan dia katakan yang dia nak keluar dari umah mertua dia tu sebab dia dah tak tahan dengan sikap mak mertua dia lagi.



Teringat cerita Ibu mertua-ku arahan Arwahyarham Tan Sri P. Ramlee

Mak mertua dia seorang yang sukar difahami orangnya. Masa awal perkahwinan dulu, mula² semuanya OK .. tapi lama² kelamaan .. mula lah tunjuk belang. Itu tak suka, ini tak boleh, serba tak kena semuanya. Hari² berleter .. marah² .. tak puas hati kat dia atau suami dia. Adik ipar dia pun lama keluar menyewa rumah lain sebab tak tahan dengan perangai mak sendiri. Tapi, dia masih boleh bersabar. Pernah mak mertua dia bersungut tentang duit bulanan yang diberi oleh suami dan ipar duai dia. Memanjang je complain itu ini. Yang peliknya .. nak duit banyak² nak buat apa? Barang² keperluan rumah selalu cukup. Simpan banyak² duit bukan boleh bawa masuk kubur pun. Kawan saya nie pernah la belikan kain pasang untuk buat baju raya. Tapi mak mertua dia terus beri kat adik ipar dia. Kecik hati kawan saya tu. Masa nak sambut Hari Raya pulak, Mak mertua dia sorokkan stok barang² dapur. Katanya kalau mereka nak makan pandai la cari sendiri. Nauzubillahiminzalik! Tergamam saya seketika.

Mak mertua dia seorang yang pilih kasih juga. Dia lebih menyayangi dan menyanjungi seorang menantunya yang menetap di Kelantan. Paling sedih bila pada suatu hari mak mertua dia beli permainan, so anak kawan saya nie nak ambil mainan tu, terus mak mertua dia rampas dan katakan yang permainan nie untuk cucu²nya kat Kelantan tu.

Based on this stories .. buat saya terfikir kenapa selama nie dia tak pernah pun pelawa saya ke rumah dia. Jadi sekarang baru lah saya tahu kenapa. Tapi katanya dia akan berpindah keluar dari umah mertua dia beberapa bulan lagi. Baguslah keputusan tu dan sangat tepat .. demi kebaikan rumahtangga dia. Saya berharap kawan saya dapat bina hidup baru yang lebih sempurna dan bahagia disamping keluarga tercinta. Cerita ini tulis hanya lah sekadar untuk renungan bersama. Semoga yang baik itu jadikan sebagai panduan hidup dan yang tak elok tu kita elakkan. Fikir²kan lah!

Anastasyea: Berfikirlah bahawasanya ada orang lain diluar sana yang lebih teruk lagi menghadapi masalah hidup berbanding kita.

Sumber Rujukan: Asam Garam Hidup Dengan Mertua | anastasyea.com

2 comments:

rusna wana said...

Cerita sekadar renungan dan pengalaman bersama...suka dengan cerita ni...

rusna wana said...

Cerita sekadar renungan dan pengalaman bersama...suka dengan cerita ni...