Total Pageviews

Thursday, April 14, 2011

Hospital serdang yang terbaik

Dua hari ni, tertarik dengan luahan dan pengalaman bersalin di Wad Bersalin Hospital Serdang di Utusan Malaysia bertarikh 13 dan 14 April 2011 oleh Encik Izhar dan Puan Amira. Saya tertarik untuk berkongsi cerita dan pengalaman bersalin di Wad Bersalin Hospital Kerajaan . Dua orang putera saya di lahirkan di Hospital Queen Elizabeth dan dua orang puteri di lahirkan di hospital Serdang-Bagi saya, Hospital Serdang adalah hospital yang terbaik dilayan bagai VIP.Mengandungkan anak ketiga dan bersalin di Hospital Serdang satu pengalaman yang baik. Saya melahirkan anak perempuan seberat 4.2 kg mendapat sokongan yang padu daripada doktor dan jururawat. Mungkin itulah rezeki namanya. saya mendapat kekuatan dan semangat daripada doktor dan jururawat. Kelahiran anak saya hampir di'vakum' tetapi atas sokongan dan semangat daripada mereka, saya melahirkan anak secara normal. Melahirkan anak ke-4 di hospital yang sama, layanan daripada pihak hospital macam layanan di hospital swasta - saya berborak2 dngan jururawat semasa di wad bersalin - mungkin saya peramah atau pasrah dengan kelahiran yang akan berlaku. saya takut saya akan melahirkan bayi yang berat lagi- sebenarnya saya amat takut nak bersalin.. tapi itulah rezeki namanya - jururawat yang bertugas memanggil suami saya ke bilik bersalin - saya selamat melahirkan anak perempuan disambut oleh seorang doktor perempuan yang kecil yang lebih muda daripada saya. Tapi beliau membuat kerja beliau dengan baik dan sempurna - menyambut kelahiran anak saya, mengeluarkan uri dan darah, dan menjahit luka dengan baik...Selepas itu, dihantar ke bilik yang menempatkan sebilik 4 orang pesakit - dengan petugas-petugas yang sentiasa bertanya adakah puan pening, puan ok ke?

pengalaman bersalin di wad bersalin Hospital Serdang adalah yang terbaik - dilayan bagai VIP - kadang-kadang saya teringat kata seorang kakak, bersalin ni macam rezeki juga- jika rezeki kita baik kita akan mendapat pengalaman yg baik jugak - sentiasalah berdoa semasa bersalin supaya dipermudahkan segala urusan.

2 comments:

Mak Izz said...

bersetuju dgn akak. sy 2x bersalin di HUKM (hosp kerajaan juga) tapi servis mmg terbaik. jururawat & doc semua mengambil berat dan lemah-lembut. alhamdulillah.. x serik bersalin lagi :)

kalo kwn akak ckp "bersalin ni mcm rezeki juga" sy pulak berfikiran "kalo kita x mintak lebih, semua pun dirasakan cukup" betul tak?

adha, PA BMKK.

rusna wana said...

hehee- memang btul - hari tu akak geram kat ruangan Utusan Malaysia, ada sorang suami tu hentam habisan2 hospital serdang kerana tak melayan dia dengan baik...dia kata, sepatutnya ibu2 yg melahirkan anak pertama harus dilayan sebaiknya kerana mereka baru dalam hal ini,...pigi dah..itu yg akak terlntas nk buat tajuk ini..