Total Pageviews

Thursday, August 4, 2011

sabar....

Hari ini nak cerita pasal 'SABAR' .... Sabar ini adalah satu perbuatan baik dan mulia...Sabar adalah menahan diri kita daripada api kemarahan...Dengan sifat Sabar, Allah akan mencintai orang yg memilikinya..Sentiasa bersama orang itu (yakni orang sabar) dari segi pegawasan hidayah, diberikan pahala yang tidak terkira,dikurniakan 3 perkara serentak iaitu, selawat, rahmat & petunjuk dan seterusnya memasuki syurga dengan dialu-alukan oleh para malaikat..

Dan pada bulan puasa ini, kesabaran kita kena lah berganda2...sabar daripada perkara2 yg hanya boleh membawa kita kepada api kemarahan...

Berkenaan sifat ini Allah s.w.t. berfirman, maksudnya:
          “Allah sentiasa Mencintai orang-orang yang sabar” (surah Ali Imran, ayat 146),
          “Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar” (surah al-Baqarah, ayat 153), dan
          “Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka 
       dengan tidak terkira” (surah az-Zumar, ayat 10).

Seterusnya Allah juga berfirman: “Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar; (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: ‘Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.’ Mereka itu ialah orang-orang yang menerima selawat dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk-Nya.” (surah al-Baqarah, ayat 155-157).

Semoga aku tergolong dalam golongan orang2 yang  sentiasa SABAR...


sabar bahhhhh....


No comments: