Total Pageviews

Thursday, June 30, 2011

Selamat Datang Julai

Selamat Datang Julai...
Kita dah dipertengahan tahun - cepatnya masa berlalu..Julai ini..? pada 15 Julai , genap setahun baby Nur Izzqistina - masih teringat2 lagi kenangan masa melahirkan dia..anak yg ke-4 ni, memang senang sgt dan dipermudahkan masa bersalin..tapi, ada peristiwa yg seronok dan tetap segar di ingatan, kerana Qistina telah berkongsi hospital, tarikh yg sama, masa yg sama bersama2 dengan Muhammad Afief iaitu anak Kak yam ( 1 tempat kerja dengan aku)hehee- bila ingat2 balik - senyum2 kambing dibuatnya..

perjalanan 15 julai:
1.00 pagi : dah keluar cecair darah - bangun dan bagitau mak - (mak jugak yg aku bagitau dulu, seblum suamiku)
2.30 pagi: tidur balik - suami kata, esok pagi dah kena pegi hospital ni...
6.30 pagi: berangkat ke Hospital Serdang
7.00: masuk bilik pemeriksaan - dah ada bukaan 2 CM (standby2 dulu sambil bbrekfas susu milo dan roti..nk dapatkan tenaga
7.30: kak yam muncul.."hei kak yam" ayat yg aku keluarkan masa dulu
kak yam kata" akak dah nak sakitlah"
8.00 - 10.00: borak2 dngan kak yam di katil massing2 - tiba2 doktor datang pecahkah air ketuban kak yam..dia dah sakit sangat..aku masih relax jer..sambil berjalan2 kat wad, aku bual2 dngn ibu y2 laing - kak yam dah kenang sorong ke bilik bersalin..
10.30 - tiba2 air ketuban dah pecah dngan banyak...aduh..lencun aku dibuatnya..
11.00 : disorong ke bilik bersalin - aku tak de rasa sakit pun..suami sempat memberikan kata semangat..
11.13: baby selamat lahir ke dunia...baby girl sebera 3.2kg..cute sgt..alhamdulillah, ini 1st time suami masuk ke wad bersalin..dan dpt me nyaksikan sendiri saat2 kelahiran anaknya..
11.30: disorong ke bilik - terjumpa kak yam lg - dia dah selamat melahirkan bb boy seberat 3.56kg..sama2 disorong..tapi kami berlain bilik jer time tu...
12.30: nak makan tp aku tak larat nk bangun - tak terdaya nk suap makanana..tapi aku lapar..suami tak sampai2..
2.00: suami dan mak aku datang - bawa makanan - mak menyuapkan aku makanan..lepas tu aku rehat..
6.00 petang - suamiku datang lagi..doktor kata, bila2 masa aku boleh balik..
10.00 mlm: aku boleh balik - mak dan suami datang.. selamat tinggal hospital serdang, ada jodoh n rezeki kita bertemu lagi...
11.00: selamat datang sayang ke rumah kita..

itulah saat2 pengalaman aku bersalinkan anak ke-4..15 julai ni dah setahunlah Nur Izzqistina yg comel - aku panggil dia sibotak kundur, kerana rambut dia tak panjang2 sejak cukur jambul masa hari ke-21 ...


ini pic dia masa di hospital

No comments: