Total Pageviews

Monday, October 10, 2011

Tekanan darah rendah

2 minggu lepas, aku pitam, mual dan hampir2 pengsan/  di opis - tidak sedarkan diri di dalam bilik sembahyang dan selama hampir 3 jam lah aku bertapa dalam bilik tu... ingatkan pening2 biasa..  cek doktor, aku telah disahkan penghidap tekanan darah rendah...80/60 rendah kan?
Tekanan Darah Rendah (Hipotensi)


Apa itu Tekanan Darah Rendah ?

Tekanan darah rendah (hipotensi) adalah keadaan tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Tekanan darah seseorang adalah berbeza. Ini kerana ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah.
Faktor yang mempengaruhi tekanan darah

Dalam menentukan seseorang itu menghidap tekanan darah, terdapat beberapa faktor yang boleh membantu iaitu:-

* usia
* aktiviti seharian
* perasaan
* ubatan
* pendarahan
* infeksi

Kebiasaannya orang yang selalu dikaitkan dengan penyakit tekanan darah rendah adalah dari golongan atlet dan pengamal diet. Mereka jarang terdedah kepada beberapa jenis penyakit seperti:-


stroke
penyakit jantung
penyakit pada mata
pengerasan dan penyempitan pada pembuluh darah


Gejala Tekanan Darah Rendah

Bagi penghidap tekanan darah rendah, mereka tidak akan menunjukkan tanda mereka mempunyai penyakit tekanan darah rendah. Mereka akan menunjukkan gejala atau tanda-tanda awal seperti:-

cepat lelah
pening kepala ketika posisi badan berubah
sukar untuk berkonsentrasi
mata berkunang-kunang
mual
kulit berasa dingin, pucat dan lembap
pernafasan cepat dan pendek
defresi
cepat haus

Sekiranya seseorang itu hendak hamil, mereka digalakkan untuk membuat pemeriksaan terlebih dahulu sebelum hamil. Ini kerana ia adalah untuk mengelakkan berlaku komplikasi pada bayi itu nanti.



Penyebab Tekanan Darah Rendah

Tekanan darah ditentukan oleh dua pekara, iaitu jumlah darah yang dipompakan oleh jantung dan tahanan (resistensi) pembuluh darah yang kecil-kecil pada tubuh. Terdapat beberapa penyebab yang boleh tekanan darah rendah terjadi iaitu:-


Kekurangan volum darah - cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal

Dehidrasi - dehidrasi yang mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit.

masalah jantung - deyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat.

Keadaan otot yang lemah.

1 comment:

hOtMaMa said...

bahaya tuu.. nie mesti tekanan perasaan.. hikhik