Total Pageviews

Tuesday, February 8, 2011

Petua Membina Rumah Tangga Bahagia

Salam sayang utk semua ....Februari datang lagi - bagi aku- bulan Februari bulan yg bermakna - bulan sempena bulan kelahiranku - bulan berkasih sayang ku-  Rumah tangga ibarat  putaran roda - ada bahagia ada derita- ada pasang dan surutnya - asam garam dalam kehidupan rumah tangga adatlah ada gaduh, berkecil hati, geram, perasaan tak suka, tak puas hati dan macam2 lagi...
so, Hari ini masa baca paper...ternampaklh article yg sungguh menarik ini..jom kita kongsi bersama petua2 utk membina rumah tangga bahagia...
1. Berbicara - dengan lemah lembut, memanggil dgn panggilan sayang ~

2. Membersihkan diri , penampilan rapi dan bersih, berhias dan memakai wangi-wangian ~ kat rumah kita kena sentiasa cantik..

3. Jujur dan amanah, jgn memandang rendah pasangan, saling mengalah dan memaafkan dan paling penting perhatikan kelebihan pasangan ~

4. Jangan mencela masakan isteri, berusaha meringankan beban kerja pasangan, tidak membandingkan dengan org lain ~ jgn banding2kan isteri dengan mak dia ker, kakak dia ker begitulah sebaliknya

5. Selalu berpegangan tangan, bergurau senda..~ jgn serius jer...isteri dan anak2 pun jadik takuttt

6. Jadikan kamar tidur tempat peribadi, bersih, harum ~ selalulh sembur pewangi ke, febreze ker...barulah sentiasa wangi...

7. Saling menasihati dan cuba meringankan beban yang ditanggung pasangan~

8. Peruntukkan waktu khusus bersama pasangan seperti makan bersama, solat berjemaah, bersiar2 dng anak2 ditaman ~

9. Saling mendoakan dan merindui pasangan apabila berjauhan...~ i miss u abg..mis u much..muah muah..

Smoga kasih sayang antara aku dan suami sentiasa berbunga2....Aku sayang abg sangat2...dia sentiasakan berikan yg terbaik utkku dan anak2..

2 comments:

AzMyaBee said...

ALhamdulillah semoga kebahagian itu sentiasa bersama wana dan suami... semoga kebahagian itu berkekalan hingga keakhirhayat.

rusna wana said...

thanks ass- adakalanya bergoyang juga- ada surut dan pasangnya-adatlah tu dlam kehidupan..