Total Pageviews

Sunday, May 12, 2013

Mother day, Nurse day and Happy Teacher Day and My daughter birthday....

Mei - memang banyak aktiviti... smoga hari2 dipermudahkan.. dan semoga keluarga aku dilimpahi daripada rahmat yg Maha esa... Setiap hari selagi nafas berdetik, doaku semoga diberikan kekuatan imam yg kuat, dipemudahkan segala urusan2 kami , diberikan kesihatan yg baik.....

Thursday, April 25, 2013

Salam Jumaat

Assalamualaikum,
Salam Jumaat semua  26 April 2013
Tak tahu nk luah macam mana lagi - betapa aku merindui smua ahli keluargaku di sabah
Betapa aku menyayangi mereka
Terima kasih mak, Terima kasih Bapa
Terima kasih utk my kakak, my abg2, my adik2 kerana sntiasa memberi sokongan
Wana sayangkan kamu semua... Terima ksih atas ksih sayang semua..smoga kasih sayang kita adik beradik akan terus kekal... betapa aku merindu  masa2 kecil - terima kasih abg menjaga aku, terima kasih kakak yg sering memahami aku, terima kasih abg sai yg sentiasa mempertahankan aku, terima kasih abg geng yg memberi aku kekuatan dan semangat dan mendaptkan aku kerja ini, terima kasih adik2 ku... jasa baik kalian. hnya Allah yg dapat membalasnya...
Terima kasih Mak - Bapa kerana menjga, memberi kasih sayang, memberi pendidikan dan memberi kehidupan yg baik
Ya Allah - berkatilah , sayangilah, dan kasihani lah kedua ibu bapa ku ini,seperti mana mereka menjaga aku dimasa kecil ku...
Terima kasih ya Allah, berikan kami kehidupan yg baik , hidup yg sempurna, hidup yg bahagia dan aman sejahtera . Ya Allah, Panjangkan umur kedua ibu bapa, berikan kesihatan yg baik dan permudahkan segala urusan mereka...
Amin ya Rabbal alamin...

Tuesday, April 23, 2013

Mimpi

Semalam  - 23 April 2013 - bermimpi yg sangat menakutkan...pelik dan rasa takut sangat...
Mimpi bayi dibuang dan digugurkan begitu sahaja..dalam perjalanan menuju ke satu tempat tu, sya tak sudah2 menangis kerana ternampak bayi2 yg dh mati kerna mungkin dibuang atau digugurkan - dalam hati tu, Ya Allah, apalah dosa bayi2 ini, kenapalah dibuang..
Ya Allah... smoga mimpi ini tidak berlaku....

Wednesday, April 3, 2013

Pengorbanan seorang isteri

Isteri ni,bila dah dekat dengan due date,jalan sikit pun termengah-mengah,berdiri lama pun dh semput,tidur pun tak selesa...TAPI KAN...

- Makanan untuk anak-anak dan suami tetap disediakan,walaupun kaki terketar-ketar menahan lenguh
- Pinggan mangkuk tetap dibasuh waluapun perut dah melekat di sinki
- Kain baju tetap dibasuh,dijemur,dan tersusun rapi walaupun termengah dan terhencot-hencot nak jalan.
- Rumah tetap dikemas walaupun geraknya perlahan dan tersekat-sekat.
- Persiapan anak-anak sekolah tetap diuruskan walaupun penat dan tak berdaya

Dan...memang YA...Isteri anda seorang yang kuat,kalau tidak,masakan dia boleh bertarung nyawa melawan kesakitan melahirkan zuriatmu...

TAPI...pastinya isteri anda akan tersenyum lebar.. BILA dia lihat

- Makanan telah siap terhidang untuk suami dan anak-anak
- Pingan mangkuk siap dibasuh tanpa disuruh
- Kain baju tersusun rapi sedia dipakai oleh keluarga
- Rumah siap berkemas & bersih
- Perihal anak-anak ditanggung beres
- Dan yg paling menyentuh perasaan bila suami mengucapkan terima kasih &menawarkan khidmat untuk mengurut isteri ^_^

AT LEAST...walaupun anda tidak merasai beban yang dipikul, tetapi cukuplah dengan menghargai pengorbanan si isteri melalui sokongan moral mahupun emosi.. SEBAB...anda juga yang bertanggungjawab menjadikannya begitu,kan? =)

HARGAI DAN SAYANGILAH ISTERI ANDA KERANA PENGORBANAN YANG TIADA BATASAN ^_^

Sunday, March 31, 2013

kerinduann....

As salam semua....
Hati dh mula kerinduan...hati dah mula meronta-ronta...makin ditahan2 makin hati rasa sakit bagai digilis sembilu yg tajam.... Ya Allah - inilah takdirku... sentiasa berjauhan daripada keluarga tersayang... dari Tingkatan 1 dh mula berjauhan sampai hati memberontak... masa kecil2 dh mula berpisah... tahun 1999 hingga kini, aku dh menjadi penduduk Kuala Lumpur dan selangor...Impian dan cita-cita ingin menjga dan duduk bersama ibu dan ayah tersayang, tidak kesampaian...inilah takdirku... jauh diperantauan...
Ya Allah, berikan aku kekuatan dalam menghadapi hidup ini...Hanya doaku, sihatkan dan panjangkan umur kedua ibu bapaku, smoga aku dapat menmbalas segala jasa mereka, ya Allah, sayangi kedua ibu bapaku seperti mana mereka menyayangi dn menjagaku di masa kecilku...

Tuesday, March 19, 2013

Petua Untuk Berdoa

Gambar: Petua Untuk Berdoa

Doa-Doa Yang Makbul:

1. Orang yang terdesak.

2. Orang yang teraniaya atau dizalimi.

3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya.

4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim dan tidak memutuskan silaturrahim.

Tanda-Tanda Doa Yang Makbul:

a. Terasa sesuatu yang menakutkan.

b. Menangis tatkala berdoa.

c. Terasa menggeletar.

Cara Berdoa:

1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa dia berdoa"

2. Menghadirkan diri kepada Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai.

3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dan sebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik dan menerima melainkan yang baik belaka.

4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, khianat, memutuskan silaturrahim dan jangan sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.

5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna, dimulai dengan bertaubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah s.a.w & para sahabat.

6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-Fatihah dan sebagainya).

~ Suami Isteri Bahagia

Petua Untuk Berdoa

Doa-Doa Yang Makbul:

1. Orang yang terdesak.

2. Orang yang teraniaya atau dizalimi.

3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya.

4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim dan tidak memutuskan silaturrahim.

Tanda-Tanda Doa Yang Makbul:

a. Terasa sesuatu yang menakutkan.

b. Menangis tatkala berdoa.

c. Terasa menggeletar.

Cara Berdoa:

1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa dia berdoa"

2. Menghadirkan diri kepada Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai.

3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dan sebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik dan menerima melainkan yang baik belaka.

4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, khianat, memutuskan silaturrahim dan jangan sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.

5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna, dimulai dengan bertaubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah s.a.w & para sahabat.

6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-Fatihah dan sebagainya).
 

Sakit Perut / senggugut

20 Mac 2013
Assalamualaikum  semua dan apa khabar...?

Hari ni nk kongsi dn cerita pasal senggugut...
Kenapa setiap kali datang bulan, mesti sakit perut dan snggugut... dari zaman anak dara smpailah dh ada anak - setiap kali dtg mesti sakit perut..huhu...rasa tak selesa...kalau boleh tiap2 jam nk tukar pad...
Ada petua ke...?


ini copy paste je ni...info2 ttg senggugut...

Senggugut


Senggugut atau juga dikenali sebagai ‘premenstrual dysphoric disorder’ atay ‘dysmenorrhea’ merupakan gejala yang sering berlaku ketika haid oleh segelintir wanita. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu senggugut primer (jenis biasa) atau sekunder (disebabkan oleh penyakit). Umumnya, tanda-tanda yang boleh dilihat akibat senggugut ialah kesakitan yang melampau sebelum kedatangan haid. Kesakitan akan dirasai di bahagian ari-ari dan pinggang. Ia merupakan masalah biasa yang dialami oleh kebanyakan wanita terutama ketika mereka meningkat remaja.
Keadaan ini dikenali sebagai ‘primary spasmodic dysmenorrhea’ dan tidak semestinya menandakan sesuatu penyakit. Adakalanya, senggugut terjadi disebabkan oleh terdapatnya ketumbuhan iaitu fibroid di dalam saluran peranakan. Senggugut kemungkinan tidak akan hilang walaupun setelah berkahwin dan melahirkan anak. Namun begitu, terdapat juga sesetengah wanita yang senggugutnya akan lenyap sebaik sahaja melahirkan anak.
BAGAIMANA SENGGUGUT BERLAKU
Tahukah anda, kesakitan yang dirasai ketika datangnya haid adalah disebabkan oleh penguncupan dinding rahim yang amat kuat. Proses ini bertujuan bagi mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur dengan sedikit tisu daripada selaput endometrium. Darah ini perlu dikeluarkan melalui saluran pangkal rahim. Kebiasaannya, dinding rahim yang dimiliki oleh seorang gadis remaja masih sempit.
Penguncupan dinding rahim yang begitu kuat disebabkan oleh sejenis hormon yang dikenali sebagai ‘prostaglandin’. ‘Prostaglandin’ adalah daripada sejenis kumpulan molekul lipid yang berasal daripada asid lemak dan peranannya sangat penting di dalam tubuh. Setiap ‘prostaglandin’ ini mengandungi 20 atom karbon. Ia menjadi pengantara serta memberi banyak kesan terhadap psikologi. Disebabkan itulah kesakitan terasa dan jika ia dihasilkan secara berlebihan maka terjadilah senggugut. ‘Prostaglandin’ yang berlebihan akan mengakibatkan rasa mual, cirit-birit, muntah serta sakit kepala. Oleh yang demikian, kehamilan dan kelahiran dapat membantu mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi pun ca kepada senggugut.
Namun begitu, terdapat sebilangan kecil daripada mereka yang akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan sekiranya senggugut berlaku secara berterusan. Mereka ini kemungkinan besar menghidapi penyakit ‘endometriosis’ iaitu sejenis penyakit yang sering dikaitkan dengan masalah kesuburan. Namun pun begitu, kaitan ini hanya jika penyakit ‘endometriosis’ ini berada pada tahap serius. Tahap kesakitan senggugut tidak berkaitan dengan tahap keseriusan ‘endometriosis’. Seseorang itu boleh mengalami senggugut yang teruk tetapi tahap ‘endometriosis’ hanya pada peringkat awal sahaja.
Lazimnya, kesakitan akan reda sebaik sahaja dua atau tiga hari kemudiaannya. Akan tetapi, jika ‘endometriosis’ ini telah merebak kemungkinan besar kesakitan tidak akan reda walaupun haid telah berhenti. Kesakitan juga mungkin akan terasa sewaktu melakukan persetubuhan atau membuang air besar. Ini disebabkan oleh pendarahan yang berlaku di belakang rahim yang mungkin melibatkan usus besar. Senggugut mempunyai cara kesakitan yang berbeza di mana sakit akan datang sebelum pendarahan bermula dan tertumpu di ari-ari atau pinggang belakang. Sakit ini akan berterusan walaupun haid sudah berhenti. kadangkala, terdapat juga gejala lain seperti kesukaran untuk membuang air besar atau sakit semasa berhubungan kelamin.
TAHAP SENGGUGUT
Senggugut dikelaskan kepada beberapa jenis. Jenis pertama adalah senggugut primer. Manakala jenis kedua pula ialah senggugut sekunder.
- SENGGUGUT PRIMER ATAU UTAMA
Senggugut primer atau ‘primary dysmenorrhea’ adalah disebabkan oleh penghasilan hormon ‘prostaglandin’ oleh badan. Kesakitan senggugut biasa ini dirasai akibat berlakunya pengecutan rahim yang luar biasa kuatnya. Senggugut primer kebiasaannya berlaku kepada wanita remaja yang belum berkahwin. Ia menyerang pada hari pertama dan kedua kedatangan haid. Ini menunjukkan anda adalah subur. Senggugut primer boleh dirawat dengan ‘ibuprofen’ yang membantu menghalang penghasilan ‘prostaglandin’. Dalam beberapa kes tertentu,ubat-ubatan yang mengandungi hormon boleh membantu. Senaman, nutrisi yang baik serta pengurangan tekanan juga merupakan beberapa amalan penting yang tidak harus dipandang ringan. ‘Prostaglandin’ yang terhasil didalam uterus menyebabkan otot-otot rahim mengecut dan membantu uterus menyingkirkan darah kotor yang terbentuk hasil daripada proses pengecutan sepanjang berlakunya haid. Ter api yang sesuai untuk mengurangkan senggugut jenis ini termasuklah memperbanyakkan rehat, pemilihan nutrien yang baik, melakukan senaman aerobik serta pengambilan kalsium yang secukuonya iaitu kira-kira 1000mg sehari. Turut membantu adalah dengan kira-kira 50mg dan 100mg vitamin B6 setiap hari. Manakala ubat-ubatan yang diambil itu mestilah bertujuan untuk mengurangkan pengeluaran ‘prostaglandin’ dan perubahan hormon.
-SENGGUGUT SEKUNDER
Senggugut sekunder berkait rapat dengan penyakit organik. Antaranya ialah penyakit dari uterus, saluran fallopio atau ovari. Senggugut jenis ini disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar rahim (endometriosis) dan berlaku pendarahan di dalam perut. Ataupun, jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang pada usia lanjut dan berlanjutan sepanjang kedatangan darah haid. Antara punca-punca berlakunya senggugut kedua ini adalah tumor serta tumbesaran yang tidak normal. Selain itu, contoh penyakit lain yang tergolong di dalam senggugut jenis sekunder ini ialah kanser rahim dan jangkitan pada bahagian pelvik.
Contoh-contoh lain adalah :
ENDOMETRIOSIS
Satu keadaan di mana tisu-tisu endometrial ditemui di lain-lain bahagian badan seperti ovari dan tiub fallopio.
FIBROID
Tumor atau ketumbuhan yang terbentuk sama ada di luar, dalam atau pada dinding uterus.
PELVIK
Jangkitan pada uterus, tiub fallopio atau ovari.
‘INTRAUTERINE DEVICE’ atau ‘IUD’
Sejenis alat yang diletakkan di dalam uterus bertujuan untuk mencegah kehamilan. Manakala rawatan untuk senggugut jenis sekunder ini adalah bergantung kepada puncanya. Kemungkinan juga, rawatan pembedahan akan turut dilakukan sekiranya perlu.