Total Pageviews

Thursday, October 13, 2011

Tekanan darah rendah

Pagi Jumaat - 14/10/2011
Sedih betul tau hari ini - sebab subuh tadi aku pitam lagi - ini pitam bukan sebab pegnen tau, tapi sebab tekanan darah rendah aku yg terlalu rendah - sejak 3 minggu ini, memang aku takde semangat nk kerja - aku asyik pusing2/pening kat ofis - kat rumah aku cuba2lah kuat semangat...masak dan bagi anak2 makan malam..
oiii - sedihnya aku - aku jauh drpd mak - yg selalu memberi semangat dan bertanya khabar ku..minggu ni pula - suami ku takde - dia berkursus di Pahang..
Kita ni kan, sebagai perempuan, dan seorang ibu - walaupun sakit mana pun, tapi bab2 nk menguruskan anak2 dan rumah, kita tak penah nk lupa, selagi tak siap kerja2 rumah , selagi itulah kita tak akan lena tidur..
aku rutin macam biasalah, sebelum tidur tu, aku kena mop lantai, kena basuh kain dulu( nasib baik ada washin machine kan) , dapur aku kena clearkan - basuh pinggan mangkuk...baju anak2 kena lipat...
Yang aku sedih ni, kenapalah aku kena penyakit ni  di usia2 muda ni...kena makan ubat pula tu.. memang semangat aku jatuh merundum lah...
Tapi, aku kena kuatkan semangat - anggaplah ini pening2 biasa je..bak kata orang, pening2 lalat...tapi sebenarnya aku takut juga coz dah smpai tahap pengsan kan ...tak pitam dia tu lain macam jer...tak penah rasa sebelum ni, even aku mengandung pun takde smpai pitam yg nk pengsan tu..
Bila sakit ni kan, mak lah yg selalu aku ingat...family aku kat saabah..kalau dekat dorang boleh tolong2 aku.. ntahlah..itulah perasaan aku...
Aku berdoa semoga aku akan seperti sedia kala...Jauhkanlah daripada sebarang penyakit yg teruk...

Monday, October 10, 2011

Tekanan darah rendah

2 minggu lepas, aku pitam, mual dan hampir2 pengsan/  di opis - tidak sedarkan diri di dalam bilik sembahyang dan selama hampir 3 jam lah aku bertapa dalam bilik tu... ingatkan pening2 biasa..  cek doktor, aku telah disahkan penghidap tekanan darah rendah...80/60 rendah kan?
Tekanan Darah Rendah (Hipotensi)


Apa itu Tekanan Darah Rendah ?

Tekanan darah rendah (hipotensi) adalah keadaan tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Tekanan darah seseorang adalah berbeza. Ini kerana ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah.
Faktor yang mempengaruhi tekanan darah

Dalam menentukan seseorang itu menghidap tekanan darah, terdapat beberapa faktor yang boleh membantu iaitu:-

* usia
* aktiviti seharian
* perasaan
* ubatan
* pendarahan
* infeksi

Kebiasaannya orang yang selalu dikaitkan dengan penyakit tekanan darah rendah adalah dari golongan atlet dan pengamal diet. Mereka jarang terdedah kepada beberapa jenis penyakit seperti:-


stroke
penyakit jantung
penyakit pada mata
pengerasan dan penyempitan pada pembuluh darah


Gejala Tekanan Darah Rendah

Bagi penghidap tekanan darah rendah, mereka tidak akan menunjukkan tanda mereka mempunyai penyakit tekanan darah rendah. Mereka akan menunjukkan gejala atau tanda-tanda awal seperti:-

cepat lelah
pening kepala ketika posisi badan berubah
sukar untuk berkonsentrasi
mata berkunang-kunang
mual
kulit berasa dingin, pucat dan lembap
pernafasan cepat dan pendek
defresi
cepat haus

Sekiranya seseorang itu hendak hamil, mereka digalakkan untuk membuat pemeriksaan terlebih dahulu sebelum hamil. Ini kerana ia adalah untuk mengelakkan berlaku komplikasi pada bayi itu nanti.



Penyebab Tekanan Darah Rendah

Tekanan darah ditentukan oleh dua pekara, iaitu jumlah darah yang dipompakan oleh jantung dan tahanan (resistensi) pembuluh darah yang kecil-kecil pada tubuh. Terdapat beberapa penyebab yang boleh tekanan darah rendah terjadi iaitu:-


Kekurangan volum darah - cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal

Dehidrasi - dehidrasi yang mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit.

masalah jantung - deyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat.

Keadaan otot yang lemah.

Wednesday, September 28, 2011

Hari Raya 2011

Selamat Hari Raya 2011 - raya aku yg berjauhan drpd family (mak bapa n adik beradik lain di sabah)
Memanglah sedih..raya pertama kami beraya di Puchong, Selangor saja..takda apa yg menarik...cuma ada gambar2 ni je...





aku dan qistina di rumah terbuka PM - disebabkn keboringan., kami 1 family p open house PM kat Putrajaya...


aku dan 3 dara anak aku..farisha, syirah n qistina
pic aku - qistina n en, suami



Monday, August 15, 2011

Hari-hari yg kosong....

seminggu ni, hatiku kosong bagai tiada apa perasaan...mungkin aku terkenangkan raya yg akan tiba..kenapa? hati aku melonjak2 ingin terbang balik ke sabah bersama keluarga besar ku... bak kata yg selalu aku cakap kat adik beradik aku
" andai wana seekor burung, dah lama wana terbang balik ke KK '- tempat lahirku, negeri kebanggaanku... rumah mak, ibarat rumah terbaikku...

Teringat pengalaman raya masa kami kecik2 dulu..best sgt2... mak dan kakak rajin buat kuih raya, aku tukang tengok dan tukang bakar je..bab2 mengadun aku memang tak ambil peduli..tapi aku paling suka bab2 menghias, sangkut langsir dan kemas rumah, susun atur rumah..abg2 aku yg lain tukar tengok je lah..

tapi, apakan daya, tahun ini - aku beraya disini - nangis tak berlagulah...

Buat Ibu Bapa dan Anak | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Buat Ibu Bapa dan Anak iluvislam.com + discover the beauty of islam

Thursday, August 11, 2011

i love my mom

‎"I need my mom no matter what age I am. My Mom has made me laugh, wiped my tears...hugged me tight...watched me succeed...saw me fall...cheered me on...kept me going strong...and drove me a little crazy at times! But my Mom is a promise from God that I will have a friend forever...

Thursday, August 4, 2011

sabar....

Hari ini nak cerita pasal 'SABAR' .... Sabar ini adalah satu perbuatan baik dan mulia...Sabar adalah menahan diri kita daripada api kemarahan...Dengan sifat Sabar, Allah akan mencintai orang yg memilikinya..Sentiasa bersama orang itu (yakni orang sabar) dari segi pegawasan hidayah, diberikan pahala yang tidak terkira,dikurniakan 3 perkara serentak iaitu, selawat, rahmat & petunjuk dan seterusnya memasuki syurga dengan dialu-alukan oleh para malaikat..

Dan pada bulan puasa ini, kesabaran kita kena lah berganda2...sabar daripada perkara2 yg hanya boleh membawa kita kepada api kemarahan...

Berkenaan sifat ini Allah s.w.t. berfirman, maksudnya:
          “Allah sentiasa Mencintai orang-orang yang sabar” (surah Ali Imran, ayat 146),
          “Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar” (surah al-Baqarah, ayat 153), dan
          “Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka 
       dengan tidak terkira” (surah az-Zumar, ayat 10).

Seterusnya Allah juga berfirman: “Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar; (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: ‘Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.’ Mereka itu ialah orang-orang yang menerima selawat dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk-Nya.” (surah al-Baqarah, ayat 155-157).

Semoga aku tergolong dalam golongan orang2 yang  sentiasa SABAR...


sabar bahhhhh....