Total Pageviews

Tuesday, July 2, 2013

cerita opis

macam cerita kat opis ni... pada 27/6/2013 - kami ada buat jamuan sempena nk sambut puasa dan majlis ulangtahun rakan2 opis yg meraihkan pada bulan jun dan julai... me selaku penganjur (konon je) yg set all d program tu.. beli hadiah, catering , kek dll...

inilah dia team member pusat sumber dan fotografi tapi kebetulan time ni big boss pula takde, dia cuti..
 
 
inilah gaya2 manja kami smua....

yg penting, aku dan buku tak dpt dipisahkan...heheee

cuti sekolah yg lalu

Dh lama tak mengupdate kan kat blog ni..tak aktif sangat.. tapi oklah sekadar suka2 jer..ada masa, ada kelapangan dan rajin... tulis je lh apa yg ada... byk sebenarnya aktiviti berlaku time cuti sekolah hari tu..p bercuti kat melaka, p pesta buku, p Mom club event kat royale bintang hotel, p pusat sains negara dan yg palng best p Sunway Lagoon...
Memang seronoklah - lebih2 pula bawa abg sai and family yg datang bercuti ke KL ni... byk tempat kami pergi...

Sunday, May 12, 2013

Mother day, Nurse day and Happy Teacher Day and My daughter birthday....

Mei - memang banyak aktiviti... smoga hari2 dipermudahkan.. dan semoga keluarga aku dilimpahi daripada rahmat yg Maha esa... Setiap hari selagi nafas berdetik, doaku semoga diberikan kekuatan imam yg kuat, dipemudahkan segala urusan2 kami , diberikan kesihatan yg baik.....

Thursday, April 25, 2013

Salam Jumaat

Assalamualaikum,
Salam Jumaat semua  26 April 2013
Tak tahu nk luah macam mana lagi - betapa aku merindui smua ahli keluargaku di sabah
Betapa aku menyayangi mereka
Terima kasih mak, Terima kasih Bapa
Terima kasih utk my kakak, my abg2, my adik2 kerana sntiasa memberi sokongan
Wana sayangkan kamu semua... Terima ksih atas ksih sayang semua..smoga kasih sayang kita adik beradik akan terus kekal... betapa aku merindu  masa2 kecil - terima kasih abg menjaga aku, terima kasih kakak yg sering memahami aku, terima kasih abg sai yg sentiasa mempertahankan aku, terima kasih abg geng yg memberi aku kekuatan dan semangat dan mendaptkan aku kerja ini, terima kasih adik2 ku... jasa baik kalian. hnya Allah yg dapat membalasnya...
Terima kasih Mak - Bapa kerana menjga, memberi kasih sayang, memberi pendidikan dan memberi kehidupan yg baik
Ya Allah - berkatilah , sayangilah, dan kasihani lah kedua ibu bapa ku ini,seperti mana mereka menjaga aku dimasa kecil ku...
Terima kasih ya Allah, berikan kami kehidupan yg baik , hidup yg sempurna, hidup yg bahagia dan aman sejahtera . Ya Allah, Panjangkan umur kedua ibu bapa, berikan kesihatan yg baik dan permudahkan segala urusan mereka...
Amin ya Rabbal alamin...

Tuesday, April 23, 2013

Mimpi

Semalam  - 23 April 2013 - bermimpi yg sangat menakutkan...pelik dan rasa takut sangat...
Mimpi bayi dibuang dan digugurkan begitu sahaja..dalam perjalanan menuju ke satu tempat tu, sya tak sudah2 menangis kerana ternampak bayi2 yg dh mati kerna mungkin dibuang atau digugurkan - dalam hati tu, Ya Allah, apalah dosa bayi2 ini, kenapalah dibuang..
Ya Allah... smoga mimpi ini tidak berlaku....

Wednesday, April 3, 2013

Pengorbanan seorang isteri

Isteri ni,bila dah dekat dengan due date,jalan sikit pun termengah-mengah,berdiri lama pun dh semput,tidur pun tak selesa...TAPI KAN...

- Makanan untuk anak-anak dan suami tetap disediakan,walaupun kaki terketar-ketar menahan lenguh
- Pinggan mangkuk tetap dibasuh waluapun perut dah melekat di sinki
- Kain baju tetap dibasuh,dijemur,dan tersusun rapi walaupun termengah dan terhencot-hencot nak jalan.
- Rumah tetap dikemas walaupun geraknya perlahan dan tersekat-sekat.
- Persiapan anak-anak sekolah tetap diuruskan walaupun penat dan tak berdaya

Dan...memang YA...Isteri anda seorang yang kuat,kalau tidak,masakan dia boleh bertarung nyawa melawan kesakitan melahirkan zuriatmu...

TAPI...pastinya isteri anda akan tersenyum lebar.. BILA dia lihat

- Makanan telah siap terhidang untuk suami dan anak-anak
- Pingan mangkuk siap dibasuh tanpa disuruh
- Kain baju tersusun rapi sedia dipakai oleh keluarga
- Rumah siap berkemas & bersih
- Perihal anak-anak ditanggung beres
- Dan yg paling menyentuh perasaan bila suami mengucapkan terima kasih &menawarkan khidmat untuk mengurut isteri ^_^

AT LEAST...walaupun anda tidak merasai beban yang dipikul, tetapi cukuplah dengan menghargai pengorbanan si isteri melalui sokongan moral mahupun emosi.. SEBAB...anda juga yang bertanggungjawab menjadikannya begitu,kan? =)

HARGAI DAN SAYANGILAH ISTERI ANDA KERANA PENGORBANAN YANG TIADA BATASAN ^_^

Sunday, March 31, 2013

kerinduann....

As salam semua....
Hati dh mula kerinduan...hati dah mula meronta-ronta...makin ditahan2 makin hati rasa sakit bagai digilis sembilu yg tajam.... Ya Allah - inilah takdirku... sentiasa berjauhan daripada keluarga tersayang... dari Tingkatan 1 dh mula berjauhan sampai hati memberontak... masa kecil2 dh mula berpisah... tahun 1999 hingga kini, aku dh menjadi penduduk Kuala Lumpur dan selangor...Impian dan cita-cita ingin menjga dan duduk bersama ibu dan ayah tersayang, tidak kesampaian...inilah takdirku... jauh diperantauan...
Ya Allah, berikan aku kekuatan dalam menghadapi hidup ini...Hanya doaku, sihatkan dan panjangkan umur kedua ibu bapaku, smoga aku dapat menmbalas segala jasa mereka, ya Allah, sayangi kedua ibu bapaku seperti mana mereka menyayangi dn menjagaku di masa kecilku...