Total Pageviews

Tuesday, May 22, 2012

mood sedih

Bersihkan lah hatiku dalam menghadapi hari-hari mendatangku - Berikan lh ku kesihatan dalam meneruskan hari-hari seterusnya - Berikanlah ku kekuatan iman supaya tidak terpesong dari landasanMu- Berikan ku kesabaran supaya tidak menyakiti orang2 disekelilingku...

Monday, May 21, 2012

Bulan Rejab

KELEBIHAN BULAN REJAB

Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:

1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.
...
2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.

7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.

8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).

9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.

10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:

a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.

b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.

c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.

11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.

12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan

Thursday, May 10, 2012

Aku dan Mak

Aku dan Mak - bagi aku mak adalah segala-galanya - Mak adalah duniaku..Mak adalah sumber inspirasiku - Mak adalah kawanku - Mak adalah lawanku jugak - Mak adalah sumber sgala-galanya..
Mak - walaupun aku berjauhan drpd Mak, tapi doaku sntiasa mngiringi hari-hariku - semoga Mak akan sentiasa sihat, diberikan kesihatan yg baik, dan dipanjangkan umur.. Tiap2 hari, Mak lh orang pertama yg aku fikirkan (*serius ni)
Mak - adalah yg teratas dalam carta hatiku - tanpa Mak aku tak lahir ke dunia, mak melahirkan, membesar dan menjaga aku ...
Ya Allah Ya Tuhan - Aku sayangkan Mak...aku sayang sangat2 tidak dapat dibayangkan..tidak dapat digmbarkan dngn kata2 lain lagi...

Thursday, April 5, 2012

Happy Birthday my son

Hari ini - 6/4/2012 - 9 tahun Birthday anak aku - Aliffizuan Daniel - walaupun dh 9 tahun, sebagai mak/ibu/mama kta masih teringat2 masa melahirkan dia..begitula setiap tahun, apabila menyambut Birthday Anak2 - aku akan teringat saat2 mengandung, sakit nk bersalin, sebelum dan selepas bersalin, masa berpantang, - masih segar dlm ingatan..
6/4/2003 - awal pagi dlm kol 7 pagi - masa tu, terasa ada air jatuh mcm air kencing - xda pegalaman, terus tanya kakMuh yg dh ada baby - dia kata, itu bukan air kencing tapi air ketuban..lencun kain yg aku pakai..suami terus suruh bersiap2 p hospital..masuk wad bersalin dlm kol 10 pagi - tunggu dan tunggu - tak bersalin lagi..dlm kol 7 petang - masuk wad menunggu - masa ni takut sangat..takut sangat...takut sangat - mcm2 perasaan..Kata2 yg tak bole lupa apabila suami kata,: semoga selamat Yang dan dia sempat mencium dahi..
Ya Allah Ya Tuhan - sakitnya melahirkan anak ini kan, begitulah mak2 kita melahirkan kita..Tepat kol 10.30 mlm - lahirlh putera lelaki seberat 3.56kg..syukur sangat Ya Allah..sempurna kelahirannya..SYukur..
Anakandaku - Aliffizuan Daniel - Mama sayangkan kamu sangat..smoga kamu menjadi anak yg baik, anak yg soleh , anak yg beguna yg akan menjadi harapan mama, ayah dan keluarga, mejadi harapan kepada agama, bangsa dan negara tercinta...

Wednesday, March 7, 2012

Selamat hari Wanita

today its our day...
8/38/2012 - hari ini adalah hari wanita sedunia...

walau dimana anda berada, i wish u all Happy woman day..

MatlamatWanita hendaklah diberikan hak serta peluang yang sama rata sama ada dalam bidang pendidikan, kerjaya mahupun pembuatan keputusan. Wanita bergelut dengan kerjaya demi menyara keluarga dan diri, sedangkan pada masa yang sama, turut menjadi seorang ibu mahupun isteri di rumah.

Wanita terpaksa bertungkus-lumus mencari nafkah bersama-sama suami mahupun bersendirian. Ada ketikanya, mereka tidak dapat menumpukan perhatian kepada tanggungjawab membesarkan anak sepenuhnya.Ibu yang bekerja bimbang tentang keselamatan serta kebajikan anak yang ditinggalkan di pusat-pusat jagaan.Tambahan pula, kos menghantar anak ke pusat jagaan atau didikan awal yang menawarkan perkhidmatan atau kemahiran tambahan agak tinggi. Umumnya, perkhidmatan jagaan anak mahupun didikan awal kanak-kanak yang berkualiti merupakan prasyarat penting kepada wanita yang bekerjaya.

Tuntutan wanitaCuti bersalin yang lebih untuk menjaga dan menyusu anak.
Insentif kepada suri rumah sepenuh masa.Pada 2004, seramai 2.79 juta wanita di Malaysia menjadi suri rumah sepenuh masa.
Ujian saringan kesihatan asas percuma setiap dua hingga tiga tahun sekali.
Sistem kehakiman yang lebih `mesra wanita' dan cekap dalam menangani kes-kes berkaitan keluarga. Malangnya, hakim wanita masih belum dilantik di mahkamah syariah. Ramai yang tidak bersetuju perlantikan wanita menjadi hakim di mahkamah syariah.Kajian Prof. Madya Noor Aziah Awal (UKM) 2001 mendapati 19 % kes perceraian masih tertangguh di mahkamah syariah Negeri Selangor dalam masa 12 bulan berbanding 30 % di mahkamah sivil.
Keselamatan wanita dan kanak-kanak terjamin dan terpelihara terutama bebas dari ancaman mat rempit dan ragut.Contohnya kes pembunuhan adik Nurin Jazlin dan kehilangan Sharlinie

Nabi Muhammad dan WanitaNabi Muhammad menjadi contoh ikutan kita semua. Nabi suruh wanita menutup aurat bukanlah kerana mahu mengurangkan hak wanita untuk dedah sana atau dedah sini. Tetapi meninggikan martabat wanita beriman itu menjadi seumpama mutiara yang tidak ternilai. Dalam sejarah, Nabi tidak pernah memarahi dan memukul isteri-isterinya. "Dikalangan lelaki, akulah yang paling terbaik melayan isteri". Syerga anak-anak berada di bawah telapak kaki ibunya.

Thursday, March 1, 2012

Penyakit kulit tangan, kaki & mulut

Owh- hari ni nk citer pasal penyakit kulit tangan, kaki & mulut ni - last week my lil doter insyirah kena penyakit ni - aduhai? kenapa kena? baru beberapa bulan duduk taska dah ada dugaan cam ni - tapi syukurlah - lil Insyirah kuat melawan penyakit ni, dia xdalah demam teruk, makan pun still selera lain - doktor kata, penyakit ni kalau tak kuat imun, anak akan demam, jd lemah, kurang selera makan / mnyusu dan apbila anak lemak, ini boleh menyebabkan anak warded...

Ini info ttg penyakit ini..(copy paste je tau)

Cegah Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut


Penyakit tangan, kaki dan mulut disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus) yang biasanya menjangkiti kanak-kanak di bawah umur 5 tahun
Jangkitan ini berlaku disebabkan tidak mengamalkan kebersihan diri yang baik dan berada di tempat atau persekitaran yang sesak
Penyakit ini dijangkiti melalui kontak secara langsung dengan pesakit serta melalui najis, air liur dan lelehan dari hidung pesakit
Kebanyakkan kes penyakit ini tidak serius, namun begitu terdapat juga kes-kes teruk yang melibatkan sistem saraf dan jantung
Setiap ahli keluarga dinasihatkan mengamalkan kebersihan diri untuk mencegah jangkitan

Tanda dan Gejala Penyakit

Ruam dengan lepuh di tapak tangan, kaki dan kawasan lampin
Ulser di tekak dan mulut
Demam
Sakit kepala
Hilang selera makan

Langkah-langkah Pencegahan

Cuci tangan dengan sabun dan air bersih sebelum menyediakan makanan, selepas ke tandas, selepas menukar lampin anak dan mencuci najis anak
Tutup mulut dan hidung dengan tisu apabila bersin dan batuk
Jangan berkongsi barang-barang peribadi seperti berus gigi, sapu tangan, tuala, cadar, cawan, sudu dan garpu
Mandi dan tukar pakaian selepas pulang dari tempat kerja sebelum bermesra dengan bayi atau anak kecil
Cuci alat mainan, permukaan meja, kerusi dan lantai yang dicemari air liur anak
Elakkan membawa anak kecil ke tempat umum yang sesak seperti pusat membeli belah, pawagam, kolam renang, pasar dan stesen bas

Sekiranya anak anda mempunyai tanda-tanda dan gejala penyakit tangan, kaki dan mulut:

Bawa segera ke hospital atau klinik berhampiran
Jangan hantar ke tadika, rumah pengasuh atau sekolah
Lap lelehan dari mulut dan hidung menggunakan tisu


Sumber Maklumat : Kementerian Kesihatan

Tuesday, February 14, 2012

Luahan hati

Ini Luahan hati daripada seorang isteri -...hehe...
Aku bersyukur sgt2 ada family - ada mak, ada ayah dan adik beradik yg besar - dan syukur smuanya dah ada kerja dan kehidupan masing2..kadang2 merindui sgt2 time kecik2 dulu... dan aku juga bersyukur ada suami yg amat memahami dan menyayangi( chewah) tapi kadang2 terlintas juga lh rasa tak puas hati dalam diri tu...bila ada masa, aku selalu luahkan apa yg aku tak puas hati, apa yg aku tak suka, apa yg tak memuaskan ati aku - nasib baiklh e. fadzly ni jenis yg suka mendengar dan sudi menerima kritikan, maklumlah, aku ni ibarat adik bagi dia...jarak umur yg jauh antara kami, itu yg buatkan kami saling menerima...
Antara yg aku tak puas:
1)en. suami ni bab2 kemas rumah memang tak pandai, bab2 masak memang jauh sekali nk masak - sangguplh berlapar kalau xda makanan, walhal kat rumah byk stok...
2) En. suami ni jenis suka buat kerja bertangguh2 @ lambat...misalnya, nak suruh buang sampah di awal pagi, petang baru lah sampah tu buang..alahai..
3)En. suami selalu kata aku kuat membebel, padahal aku cakap benda yg patut je...benda yg aku nk cakap tu, berkaitan dengan hal rumah dan anak2..misalnya, bila aku marah anak2 sebab buat rumah sepah, dia kata aku membebel - itu membebel ke namanya? itu kan marahkan anak dan nk bagi nasihat...
TAPI; apa2 hal pun yg berlaku, aku sayang kat suami aku ni sebab tiap2 malam mesti dia cakap - "abg sayang mama sangat2"...itu yg buat aku cair tu..tapi yg sebenarnya, En. suami ni matang sebab jarak umur antara kami yg buatkan kami seperti abg & adik...
Semoga jodohku dengan En. Fadzly berkekalan hingga ke akhir hayat..amin...