Total Pageviews

Thursday, October 13, 2011

Tekanan darah rendah

Pagi Jumaat - 14/10/2011
Sedih betul tau hari ini - sebab subuh tadi aku pitam lagi - ini pitam bukan sebab pegnen tau, tapi sebab tekanan darah rendah aku yg terlalu rendah - sejak 3 minggu ini, memang aku takde semangat nk kerja - aku asyik pusing2/pening kat ofis - kat rumah aku cuba2lah kuat semangat...masak dan bagi anak2 makan malam..
oiii - sedihnya aku - aku jauh drpd mak - yg selalu memberi semangat dan bertanya khabar ku..minggu ni pula - suami ku takde - dia berkursus di Pahang..
Kita ni kan, sebagai perempuan, dan seorang ibu - walaupun sakit mana pun, tapi bab2 nk menguruskan anak2 dan rumah, kita tak penah nk lupa, selagi tak siap kerja2 rumah , selagi itulah kita tak akan lena tidur..
aku rutin macam biasalah, sebelum tidur tu, aku kena mop lantai, kena basuh kain dulu( nasib baik ada washin machine kan) , dapur aku kena clearkan - basuh pinggan mangkuk...baju anak2 kena lipat...
Yang aku sedih ni, kenapalah aku kena penyakit ni  di usia2 muda ni...kena makan ubat pula tu.. memang semangat aku jatuh merundum lah...
Tapi, aku kena kuatkan semangat - anggaplah ini pening2 biasa je..bak kata orang, pening2 lalat...tapi sebenarnya aku takut juga coz dah smpai tahap pengsan kan ...tak pitam dia tu lain macam jer...tak penah rasa sebelum ni, even aku mengandung pun takde smpai pitam yg nk pengsan tu..
Bila sakit ni kan, mak lah yg selalu aku ingat...family aku kat saabah..kalau dekat dorang boleh tolong2 aku.. ntahlah..itulah perasaan aku...
Aku berdoa semoga aku akan seperti sedia kala...Jauhkanlah daripada sebarang penyakit yg teruk...

Monday, October 10, 2011

Tekanan darah rendah

2 minggu lepas, aku pitam, mual dan hampir2 pengsan/  di opis - tidak sedarkan diri di dalam bilik sembahyang dan selama hampir 3 jam lah aku bertapa dalam bilik tu... ingatkan pening2 biasa..  cek doktor, aku telah disahkan penghidap tekanan darah rendah...80/60 rendah kan?
Tekanan Darah Rendah (Hipotensi)


Apa itu Tekanan Darah Rendah ?

Tekanan darah rendah (hipotensi) adalah keadaan tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Tekanan darah seseorang adalah berbeza. Ini kerana ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah.
Faktor yang mempengaruhi tekanan darah

Dalam menentukan seseorang itu menghidap tekanan darah, terdapat beberapa faktor yang boleh membantu iaitu:-

* usia
* aktiviti seharian
* perasaan
* ubatan
* pendarahan
* infeksi

Kebiasaannya orang yang selalu dikaitkan dengan penyakit tekanan darah rendah adalah dari golongan atlet dan pengamal diet. Mereka jarang terdedah kepada beberapa jenis penyakit seperti:-


stroke
penyakit jantung
penyakit pada mata
pengerasan dan penyempitan pada pembuluh darah


Gejala Tekanan Darah Rendah

Bagi penghidap tekanan darah rendah, mereka tidak akan menunjukkan tanda mereka mempunyai penyakit tekanan darah rendah. Mereka akan menunjukkan gejala atau tanda-tanda awal seperti:-

cepat lelah
pening kepala ketika posisi badan berubah
sukar untuk berkonsentrasi
mata berkunang-kunang
mual
kulit berasa dingin, pucat dan lembap
pernafasan cepat dan pendek
defresi
cepat haus

Sekiranya seseorang itu hendak hamil, mereka digalakkan untuk membuat pemeriksaan terlebih dahulu sebelum hamil. Ini kerana ia adalah untuk mengelakkan berlaku komplikasi pada bayi itu nanti.



Penyebab Tekanan Darah Rendah

Tekanan darah ditentukan oleh dua pekara, iaitu jumlah darah yang dipompakan oleh jantung dan tahanan (resistensi) pembuluh darah yang kecil-kecil pada tubuh. Terdapat beberapa penyebab yang boleh tekanan darah rendah terjadi iaitu:-


Kekurangan volum darah - cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal

Dehidrasi - dehidrasi yang mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit.

masalah jantung - deyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat.

Keadaan otot yang lemah.